Tarikh : 7 Julai 2022 Tempat : Felda Medoi Masa : 10:00 Pagi - 10:00 Pagi Peserta : Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
Untuk melahirkan pelajar yang berpengatahuan.
Menguji pengetahuan dan pemahaman para pelajar berkenaan sirah Nabi.
Meningkatkan keyakinan diri para pelajar terhadap ilmu yang mereka ada.
Aktiviti
Kuiz ini diadakan sempena hari raya aidiladha yang akan kunjung tiba lagi beberapa hari sahaja lagi. Oleh itu, petugas telah mengambil insiatif untuk mengadakan kuiz ringkas ini bersama para pelajar yang juga pengunjung tetap PEDi di sini.
Kuiz diambil dari laman web quizizz.com dan terdapat lebih kurang 10-15 soalan berkenaan ibadah qurban. Soalan tersebut telah dibincangkan bersama-sama para pelajar secara bersemuka. Para pelajar yang ingin menjawab perlu mengangkat tangan dan menjawab jawapan kepada soalan tersebut. Jawapan kepada kuiz tersebut tealh disediakan di papan skrin dengan empat pilihan jawan a,b,c dan d.
Tarikh : 10 Februari 2022 Tempat : Felda Medoi Masa : 11:30 Pagi – 3:30 Petang Peserta : Komuniti Setempat |
Tujuan
Mengeratkan hubungan silaturrahim antara tetamu jamuan.
Mewujudkan semangat kejersama antara tetamu jamuan.
Memberi peuang untuk saling bermaafan dan berkongsi rezeki antara tetamu jamuan.
Aktiviti
Jamuan Potluck Raya PEDi Felda Medoi dilakukan setelah dua tahun tidak dapat beraya bersama komuniti setempat. Kesemua tetamu jamuan gembira dapat sama-sama menyambut hari raya yang dihadiri oleh ibu bapa dan juga kanak-kanak. Jamuan ini tentunya dapat merapatkan hubungan yang sedia akrab antara satu sama lain dengan lebih rapat lagi.
Selain jamuan makan, Potluck Raya ini juga dapat membenarkan sesama tetamu untuk berkongsi perkembangan kehidupan seharian dan perubahan hidup yang dialami oleh masing-masing setelah dua tahun tidak berjumpa. Masing-masing membawa makanan sendiri dan dikongsi bersama tetamu yang lain. Antara jamuan yang dibawa ialah ketupat rendang, nasi serai, nasi lemak sambal telur, mee hoon dan makanan ringan seperti kek pisang dan juga cendol.
Tarikh : 10 Februari 2022 Tempat : Felda Medoi Masa : 8:30 Pagi – 12:30 Tengahari Peserta : Komuniti Wanita Felda Medoi dan Segamat |
Tujuan
Bimbingan professional dari Chef yang berpengalaman
Menguasai teknik-teknik masakan yang terbaik.
Terapi tekanan untuk para ibu-ibu yang menyertai kursus ini.
Aktiviti
Kursus ini dianjurkan dengan kerjsama dari Kolej Komuniti Segamat dan berjaya mendapatkan seramai 11 orang pelajar. Walaupun jumlah pelajar yang mengikuti kursus ini adalah sedikit tapi masih mendapat sambutan hangat dengan permintaan untuk mengulangi kursus masakan ini dengan masakan lain. Pelajar yang sedikit juga adalah kerana operasi standard (SOP) yang harus dipatuhi bersesuaian dengan saiz Pusat Ekonomi Digital (PeDI) ini.
Kursus ini dimulai seawall jam 8:30 pagi dengan bimbingan Chef atau Pengamal Masakan dari PeDI sekitar Segamat. Para pelajar diberi tahu tentang bahan-bahan yang akan digunakan. Kek lobak merah ini dimasak dengan cara kukusan dan mempunyai hiasan cream cheese serta kacang walnut.
Proses untuk menyiapkan seluruh kek sehingga hiasan adalah selama lebih kurang dua jam. Para peserta juga diberikan tugas secara praktikal bagaimana cara untuk menghiaskan dan melekatkan antara dua kek lobak merah. Kek yang diajar adalah lebih kepada kek jualan dan juga kek untuk majlis.
Rata-rata pelajar sangat berpuas hati dengan kursus yang dianjurkan dan memberi maklum balas agak kursus ini diadakan lagi pada masa akan datang dengan menu yang lain.
Tarikh : 10 Februari 2022 Tempat : Felda Medoi Masa : 8:30 Pagi – 12:30 Tengahari Peserta : Komuniti Wanita Felda Medoi dan Segamat |
Tujuan
Bimbingan professional dari Chef yang berpengalaman
Menguasai teknik-teknik masakan yang terbaik.
Terapi tekanan untuk para ibu-ibu yang menyertai kursus ini.
Aktiviti
Kursus ini dianjurkan dengan kerjsama dari Kolej Komuniti Segamat dan berjaya mendapatkan seramai 11 orang pelajar. Walaupun jumlah pelajar yang mengikuti kursus ini adalah sedikit tapi masih mendapat sambutan hangat dengan permintaan untuk mengulangi kursus masakan ini dengan masakan lain. Pelajar yang sedikit juga adalah kerana operasi standard (SOP) yang harus dipatuhi bersesuaian dengan saiz Pusat Ekonomi Digital (PeDI) ini.
Kursus ini dimulai seawall jam 8:30 pagi dengan bimbingan Chef atau Pengamal Masakan dari PeDI sekitar Segamat. Para pelajar diberi tahu tentang bahan-bahan yang akan digunakan. Pulut kuning ini dimasak menggunakan pressure cooker. Chef menunjukkan bagaimana menetapkan tetapan untuk memasak pulut kuning.
Pulut kuning ditanak selama 6 minit mengikut kadar pulut dan hasilnya dapat dibuktikan bahawa pulut tersebut lembut dan cukup masak. Selepas itu, chef juga mengajar para peserta memasak rending ayam juga menggunakan pressure cooker bahan bahan dimasukkan semua ke dalam periuk tersebut dan dibiar masak selama 15-20 minit.
Rata-rata pelajar sangat berpuas hati dengan kursus yang dianjurkan dan memberi maklum balas agak kursus ini diadakan lagi pada masa akan datang dengan menu yang lain.
Tarikh : 11 Oktober 2021 Tempat : Felda Medoi Masa : 10:30 Tengahari – 12:30 Petang Peserta : Usahawan Komuniti |
Tujuan
Menghargai peserta yang telah meluangkan masa untuk menyertai pertandingan ini.
Memberi makluman bahawa penyertaan dalam kalangan komuniti terhadapa program dianjurkan oleh PIK adalah sangat penting.
Mengajar peserta cara untuk melihat jumlah hasil jualan setelah pelanggan berjaya menerima produk yang dibeli.
Aktiviti
Program ini diadakan selepas pihak Ibu Pejabat mengesahkan nama pemenang yang dimaklumkan. Program dimulakan pada awal pagi dan dihadiri oleh peserta kedua dan ketiga manakala peserta pertama pengurus memberi hadiah di luar oleh kerana peserta mempunyai tugas hakiki yang tidak dapat dielakkan.
Program Pertandingan Usahawan Digital 2021 ini diadakan adalah untuk melatih dan merangsang usahawan dari dalam kalangan komuniti untuk lebih aktif menjual di platform E-Dagang. Platfirm E-Dagang yang dimaksudkan adalah termasuk Shopee, Lazada dan juga Food Panda. Para peserta menunjukkan minat yang agak baik terhadap program yang dianjurkan dan berharap agar program dapat diteruskan.
Pertandingan ini telah dimenangi oleh tempat ketiga oleh Puan Noraidah yang menjual bahan fertilasi, baja untuk pokok bunga, tempat kedua Puan Rashidah, menjuak keropok lekor dan sos keropok lekor serta tempat pertama dimenangi oleh Puan Azlina yang menjual satay dan set satay bersama ketupat.