Tarikh    : 11 Oktober 2021

Tempat  : Felda Medoi

Masa     : 10:30 Tengahari – 12:30 Petang

Peserta  : Usahawan Komuniti

 

Tujuan

Menghargai peserta yang telah meluangkan masa untuk menyertai pertandingan ini.

Memberi makluman bahawa penyertaan dalam kalangan komuniti terhadapa program dianjurkan oleh PIK adalah sangat penting.

Mengajar peserta cara untuk melihat jumlah hasil jualan setelah pelanggan berjaya menerima produk yang dibeli.

 

 

Aktiviti

Program ini diadakan selepas pihak Ibu Pejabat mengesahkan nama pemenang yang dimaklumkan. Program dimulakan pada awal pagi dan dihadiri oleh peserta kedua dan ketiga manakala peserta pertama pengurus memberi hadiah di luar oleh kerana peserta mempunyai tugas hakiki yang tidak dapat dielakkan.

 

Program Pertandingan Usahawan Digital 2021 ini diadakan adalah untuk melatih dan merangsang usahawan dari dalam kalangan komuniti untuk lebih aktif menjual di platform E-Dagang. Platfirm E-Dagang yang dimaksudkan adalah termasuk Shopee, Lazada dan juga Food Panda. Para peserta menunjukkan minat yang agak baik terhadap program yang dianjurkan dan berharap agar program dapat diteruskan.

 

Pertandingan ini telah dimenangi oleh tempat ketiga oleh Puan Noraidah yang menjual bahan fertilasi, baja untuk pokok bunga, tempat kedua Puan Rashidah, menjuak keropok lekor dan sos keropok lekor serta tempat pertama dimenangi oleh Puan Azlina yang menjual satay dan set satay bersama ketupat. 

 

 

-Gambar Di Sini-