Tujuan

    • - Kelas asas canva.com
    • - Melatih para peserta untuk mahir menggunakan canva.com
    • - Menjadikan para peserta lebih kreatif dalam berfikir.

Aktiviti

Para peserta ditunjukkan demonstrasi tentang cara menggunakan canva.com. Para peserta di minta untuk menghasilkan satu karya poster media sosial berkaitan Hari Raya. Kad yang dibina hendaklah di hantar kepada kaum keluarga. Peserta di minta untuk mencari beberapa contoh design kad hari raya di internet dan seterusnya apabila mereka sudah faham idea bagaimana hendak menhasilkan satu kad ucapan lengkap, mereka diminta untuk berkarya di canva.com. Peserta dimbimbing satu persatu menggunakan canva.com oleh petugas.

 

-Gambar Di Sini-

Tujuan

    • - Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet).
    • - Mengasah dan memperkenalkan kepada pelajar asas menaip, kedudukan huruf di papan kekunci dan kegunaan tetikus.
    • - Meningkatkan kepantasan dan ketepatan ketika menaip.

Aktiviti

elajar diminta untuk menonton tutorial cara menggunakan website dancing mat. Selepas itu, para peserta di minta untuk membuat sedikit latihan pelbagai level menaip. Apabila peserta telah sedikit mahir dan faham cara menaip, peserta diminta untuk melakukan cabaran menaip sebanyak 7 pusingan. Akhir sekali, seorang pemenang terpantas dan paling kurang kesalahn menaip dipilih.

-Gambar Di Sini-

Tujuan

  • - Menggalakkan peserta menggunakan kelas dan bengkel yang disediakan di PEDi.
  • - Menarik minat peserta untuk menjadi kreatif dalam perniagaan digital.
  • - Menarik minat para peserta untuk menambah pendapatan sampingan.


Aktiviti

Kelas ini telah dihadiri oleh 4 orang peserta daripada pelbagai umur. Para peserta telah hadir ke PEDi untuk mendapatkan khidmat kelas perniagaan digital yang diajar secara percuma kepada komuniti. Kelas ini telah berlangsung selama tiga jam. Petugas telah memperkenalkan kepada peserta tentang bagaimana ingin menjadi affiliate di aplikasi TikTok. 

Para peserta telah mendaftar secara sah sebagai perniaga di aplikasi TikTok dan mula menambah produk yang bersesuaian dengan mereka untuk dijual. Setelah itu, petugas juga turut berkongsi cara-cara menghasilkan konten atau kandungan di TikTok yang sesuai dengan perniagaan. Petugas juga turut berkongsi tips untuk menjadikan kandungan yang dikongsi berpontensi untuk mendapat tontonan yang tinggi.

-Gambar Di Sini-

Tujuan

    • - Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet).
    • - Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.
    • - Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri.
  •  

Aktiviti

Aktiviti yang secara tidak dirancang ini disertai oleh seramai lima orang peserta. Kelima-lima peserta ini merupakan pengunjung tetap PEDi yang menggunakan khidmat penggunaan PC di sini. Oleh kerana mempunyai waktu yang terluang bagi peserta ini, petugas telah mengajak peserta untuk menonton video-video KDB dan seterusnya menjalankan sedikit kuiz ringkas bersama para peserta.

sebanyak 3 buah video KDB telah dipertontonkan kepada para peserta. Antara video yang ditayangkan ialah video pengenalan KDB, video KDB - Maklumat Palsu dan Video - Oversharing atau Terlebih berkongsi. Kuiz yang dijalankan pula di ambil dari laman sesawang Google. Aktiviti telah dijalankan selama lebih kurang dua jam setengah bersama peserta. Para peserta juga telah disediakan sedikit saguhati. Para peserta juga telah meminta untuk petugas melakukan setiap minggu aktiviti seperti ini.

-Gambar Di Sini-

Tujuan

  • - Menggalakkan pelajar untuk menggunakan kemudahan tablet yang disediakan di PEDi.
  • - Menarik minat pelajar untuk menjadi kreatif dalam dunia digital.
  • - Menarik minat para pelajar untuk datang ke PEDi


Aktiviti

Kebiasaanya kelas Canva yang diadakan di PEDi adalah menggunakan kemudahan komputer yang sedia ada, namun bagi menarik minat para pelajar lagi untuk tetap menjadi pengunjung di PEDi petugas mengajak para peserta untuk menggunakan kemudahan tablet yang disediakan pula. Seramai tiga orang peserta telah turut sertai kelas canva ini.

 

Petugas meminta para peserta untuk mereka satu Instagram story bergambar dan satu Instagram story berbentuk video pendek. Hal ini demikian kerana aktiviti ini lebih dekat dengan para peserta yang masih muda dan pengguna sosial media Instagram. Para peserta telah menggunakan ciri canva yang percuma bagi kelas ini. Bagi kelas berikutnya, peserta akan disediakan kelas canva pro jika berpeluang agar mereka dapat menggunakan pelbagai lagi seni atau template berbayar yang disedikan oleh Canva.

 

Peserta telah diminta untuk memuat turun aplikasi canva dan mereka bentuk Instagram story di aplikasi berbanding di website sebelum ini. Para peserta telah melihat contoh-contoh design terlebih dahulu sama seperti yang diajar oleh petugas sebelum ini dan seterusnya mereka sendiri mengikut kreativiti berdasarkan contoh dan idea yang mereka ada. 

 

Peserta sangat gembira dengan aktiviti yang dijalankan dan berharap agar pihak PEDi dapat mengadakan kelas seperti ini lagi pada masa akan datang. Ibu bapa para peserta juga turut meluahkan rasa senang hati anak-anak mereka diberi peluang untuk belajar perkara seperti ini di PEDi.

 

-Gambar Di Sini-

Sub-kategori