Tarikh : 23 September 2021 Tempat : Felda Medoi Masa : 3:30 Tengahari – 5:00 Petang Peserta : Usahawan Komuniti |
Tujuan
Mebimbing peserta dari cara-cara untuk memproses pengeposan di Shopee
Memberi pendedahan cara untuk mencetak airwaybills di atas Shopee.
Mengajar peserta cara untuk melihat jumlah hasil jualan setelah pelanggan berjaya menerima produk yang dibeli.
Aktiviti
Kelas ini diadakan untuk menmberi panduan kepada peserta bagaimana untuk beliau melakukan proses-proses yang diperlukan sehingga barang selamat dihantar kepada pelanggan mereka. Kelas dimulakan dengan memberi sedikit pengenalan dimana peserta boleh mendapatkan maklumat berkenaan tentang jualan mereka yang terjual.
Selepas itu, peserta akan nampak maklumat jualan dan boleh mencetak maklumat pelanggan dan produk yang dibeli di bahagian ‘Shopee Seller’. Seterusnya, peserta diterangkan juga cara menerima pesanan dan boleh proses membungkus produk yang dibeli.
Akhir sekali, peserta boleh mencetak nota kurier di Pusat Internet Komuniti ini sendiri. Peserta juga diterangkan langkah-langkah keselamatan boleh diambil bagi memastikan nota kurier itu ditampal dengan selamat dan tidak tertanggal serta produk mereka boleh dibungkus dengan pembungkus gelembung untuk mengelakkan barang yang disampaikan kepada pelanggan itu rosak.
Hal ini, tentunya dapat menggalakkan lagi dan memberi semangat kepada usahawan untuk menjual secara atas talian. Oleh yang demikian, hal ini dapat meningkatkan pendapatan golongan sasaran ini selain menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik.