Tarikh    :  3 Mei 2021

Tempat  : Felda Medoi

Masa     : 9:00 Pagi – 1:30 Tengahari

Peserta  : Penghulu dan Ketua Kampung Mukim Sungai Segamat

 

Tujuan

Menyampaikan mesej pesanan khidmat masyarakat.

Menggalakkan penonton video untuk mematuhi SOP.

Menekankan semangat kreatif di dalam peserta.

 

Aktiviti

Penggambaran video raya ini adalah dari permintaan Tok Penghulu Mukim Sungai Segamat dari Pejabat Perbandaran Segamat sendiri. Video ini telah disertai oleh kesemua ketua kampung dari Mukim Sungai Segamat. Antara ketua kampung tersebut adala ketua kampung Felda Medoi, Ketua Kampung Kampong Jawa, Ketua Kampung Kampung Tengah, Ketua Kampung Tahang Rimau, Ketua Kampung Felda Kemelah dan Ketua Kampung Felcra Sekijang. Kesemua ketua kampung dan tok penghulu yang terlibat adalah seramai tujuh orang.

Jalan cerita video ini adalah berkenaan perayaan Hari Raya Aidilfitri yang disambut penuh kesederhanaan kerana pandemic Covid-19. Mesej utama video ini adalah untuk mengigatkan para penonton agar tetap mematahi SOP ketika menyambut raya dan tetap besederhana dalam menyambut aidilfitri.

Pengambaran video dilakukan di dua tempat iaitu di sekitar kawasan Pusat Internet Komuniti Felda Medoi dan rumah penduduk Felda Medoi. Pengambaran dimulakan sekitar 9:00 pagi dan tamat pada jam 1:30 tengahari.

 

 

-Gambar di sini-