Tarikh : 23 Oktober 2020 Tempat : PI Felda Medoi Masa : 3.30 Petang – 5.30 Petang Peserta : Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
Menggalakkan pembelajaran secara atas talian
Mewujudkan budaya berfikir secara kreatif dan inovatif menggunakan aplikasi atas talian
Menekankan kepada peserta bahawa terdapat pelabagi jenis website untuk menghasilkan sebuah logo.
Menguasai kemahiran mengedit logo secara manual dan belajar menyusun atur elemen di dalam sebuah logo.
Aktiviti
Kelas ini dijalankan secara atas talian menggunakan Google Meet, kelas dijalankan bersama dua peserta yang terdiri daripada pelajar tingkatan tiga dan lepasan sekolah. Kelas ini memang tertumpu kepada penghasilan sebuah ‘logo gaming’ sahaja.
Kelas telah dijalankan smenejak 28 Febuari 2021, setiap hari Isnin. Kelas pertama dimulakan dengan pengenalan ‘surface’ atau permukaan canva.com. Petugas mengajarkan dimana letaknya elemen di mana cara untuk menambah teks dan juga cara untuk memuat naik gambar lur dari fail komputer.
Seterusnya, petugas juga mengajar peserta bagaimana untuk membuang latar belakang bagi imej yang mempunyai latar bagi. Petugas telah menggunakan website remove background untuk membuang latar belakang sesebuah gambar. Petugas juga mengamalkan konsep logo jenis apa yang ingin dibelajar peserta bagi setiap minggu.
Tarikh : 11 Januari 2021 Tempat : Felda Medoi Masa : 8 Pagi – 1 Tengahari Peserta : Komuniti Felda Medoi |
Tujuan
Menggalakkan ahli-ahli blok menjadi lebih kreatif
Menggalakkan semangat bekerjasama antara ahli blok.
Menekankan semangat bergotong royong dalam pasukan
Membangunkan sifat usahawan dalam kalangan ketua blok
Aktiviti
Petugas telah djemput untuk bekerjasama bersama Pejabat Felda untuk menjadi juri pertandingan papan tanda blok dan rumah-rumah ketua blok. Pada hari kejadian penolong pengurusdan SDA Felda telah pergi dari blok ke blok sebanyak 15 blok untuk membuat saringan awal bagi menentukan peserta ketua blok dan papan tanda blok yang layak ke pusingan akhir.
Antara syarat pertandingan bagi papan tanda yang penting adalah, peta blok, hiasan barang terpakai dan tanaman bunga. Manakalah bagi rumah rumah ketua blok, antara syarat terpenting ialah laman dapur, laman bunga, ketua blok mempunyai jualan tidak kira organic seperti jualan tanahm baja dan sebagainya mahupun jualan kedai runcit juga diambil kira. Antara lain adalah ekadaan longkang dan tong sampah haruslah disediakan.
Bermula dari lawatan Blok 5 sehingga ke Blok 2 dapat dirumuskan bahawa komunti sete,pat mempunyai idea yang sangat kreatif untuk menambah baik dan mencantikkan lagi kawasan papan tanda blok mereka. Malahan rumah ketua-ketua blok juga dilihat begitu indah sehinggakan kami sukar untuk menentukan siapakah yang layak ke pusingan seterusnya. Dimana pusingan akhir ini, papan tanda dan rumah ketua blok akan diadili oleh pegawai-pegawai dari Pejabat Wilayah
Tarikh : 20 Disember 2019 Tempat : PI Felda Medoi Masa : 10 Pagi – 12 Tengahari Peserta : Lepasan Sekolah |
Tujuan
Menggalakkan penggunaan PowerPoint
Mendedahkan penggunaan PowerPoint dalam pelbagai bentuk
Menggalakkan pengguna PowerPoint menjadi lebih kreatif
Aktiviti
Peserta merupakan seorang lepasan sekolah yang menetap di Kampung Jawa. Atiqah hadir ke Pusat Internet Malaysia untuk menghadiri kelas Microsoft disini. Atiqah telah menghadiri 8 kelas Microsoft Words dan PowerPoint di sini semenjak September lalu.
Semenjak 6 Disember 2020, petugas telah mengadakan kelas aesthetic slides bagi Atiqah kerana Atiqah dikategorikan sebagai aras lanjutan pertengahan dengan pengetahuan yang dimilikkinya. Petugas ditunjukkan video contoh dari YouTube dan bimbingan secara individu dari petugas bagaimana hendak mengenakan corak, susunan, warna dan sebagainya ke dalam slidesnya.
Antara aplikasi dan laman sesawang digunakan ialah PowePoint, vector, PicsArt dan sebagainya untuk membantu Atiqah mendapatkan bayangan susun letak yang mirip dan sama dengan aesthetic.
Tarikh : 2 Januari 2020 Tempat : PI Felda Medoi Masa : 10 Pagi – 12 Tengahari Peserta : Lepasan Sekolah |
Tujuan
Menggalakkan penggunaan Excel
Mendedahkan penggunaan Excel untuk memudahkan urusan harian seperti menghasilkan jadual, jadual perbelanjaan dan sebagainya
Menggalakkan pengguna Excel; menjadi lebih kreatif
Aktiviti
Peserta merupakan seorang lepasan sekolah yang menetap di Kampung Jawa. Atiqah hadir ke Pusat Internet Malaysia untuk menghadiri kelas Microsoft disini. Atiqah telah menghadiri 11 kelas Microsoft Words, PowerPoint dan Excel di sini semenjak September lalu.
Semenjak 2 Januari 2021, petugas telah mengadakan kelas pengenalan Excel bagi Atiqah. Kelas ini telah di isi dengan pengenalan fungsi-fungsi di dalam excel dan cara untuk menyajar kan jadual yang telah dibina oleh Atiqah sendiri. Bagi kelas pertama, petugas telah mengajar Atiqah untuk menghasilkan tentatif menggunakan Excel.
Bagi kelas kedua petugas telah mula mengajar Atiqah untuk menggabungkan barisan atau kolum di dalam Excel. Seterusnya pertugas juga telah mengajar Atiqah untuk mewarkana kotak-kotak tertentu untuk membezakan tahap kepentingan kotak tersebut. Malahan petugas juga tlah mengajar Atiqah untuk menggunakan formula di dalam Excel.
Tarikh : 23 Oktober 2020 Tempat : PI Felda Medoi Masa : 3.30 Petang – 5.30 Petang Peserta : Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
Mewujudkan akaun tiktok untuk para pelajar
Mewujudkan budaya berfikir secara kreatif dan inovatif menggunakan aplikasi atas talian
Memberi pendedahan bahawa tiktok ini mempunyai pelbagai kebaikan jika digunakan dengan betul, pelbagai jenis konten video terdapat dalam aplikasi ini.
Menguasai kemahiran mengedit video untuk di muat naik di tiktok.
Aktiviti
Aktiviti ini dimulakan dengan ‘brainstorm’ di mana para peserta dikehendaki untuk mengeluarkan idea tentang konten video bagaimana yang ingin dihasilkan. Konten idea ini terbahagi kepada, video lakonan, video tarian atau pun video transisi. Kesemua peserta telah memberikan kerjasama dengan baik dan mengeluarkan idea yang sangat bernas.
Pengambaran video dimulakan dengan video lakonan, video contoh telah diambil dari tiktok itu sendiri. Seterusnya, para pelajar ini bersetuju untuk melakukan video tarian sebanyak dua buah video. Setelah pengambaran ini habis, satu akaun khas tiktok buat mereka telah di wujudkan dengan nama pengguna *littleboys*.