Tarikh : 10 Februari 2022 Tempat : Felda Medoi Masa : 11:30 Pagi – 3:30 Petang Peserta : Komuniti Setempat |
Tujuan
Mengeratkan hubungan silaturrahim antara tetamu jamuan.
Mewujudkan semangat kejersama antara tetamu jamuan.
Memberi peuang untuk saling bermaafan dan berkongsi rezeki antara tetamu jamuan.
Aktiviti
Jamuan Potluck Raya PEDi Felda Medoi dilakukan setelah dua tahun tidak dapat beraya bersama komuniti setempat. Kesemua tetamu jamuan gembira dapat sama-sama menyambut hari raya yang dihadiri oleh ibu bapa dan juga kanak-kanak. Jamuan ini tentunya dapat merapatkan hubungan yang sedia akrab antara satu sama lain dengan lebih rapat lagi.
Selain jamuan makan, Potluck Raya ini juga dapat membenarkan sesama tetamu untuk berkongsi perkembangan kehidupan seharian dan perubahan hidup yang dialami oleh masing-masing setelah dua tahun tidak berjumpa. Masing-masing membawa makanan sendiri dan dikongsi bersama tetamu yang lain. Antara jamuan yang dibawa ialah ketupat rendang, nasi serai, nasi lemak sambal telur, mee hoon dan makanan ringan seperti kek pisang dan juga cendol.