Tujuan

  • Mengeratkan silaturahim di antara peserta.
  • Mengasah bakat seni dalam diri peserta.
  • Menggalakkan peserta untuk belajar dan menjual seni resin.

 

 

Aktiviti

Seni resin atau resin art ini merupakan antara salah satu cabang seni terbaru yang kian popular dalam kalangan masyarakat kita. Seni resin juga mampu menghasilkan barangan seperti keychain, pelapik cawan, aksesori, hiasan duit hantaran dan pelbagai barangan lain lagi. Oleh kerana terdapat permintaan, PEDi Felda Medoi berjaya menganjurkan satu kelas seni resin bersama para komuniti wanita.

 

Kelas ini telah dihadiri oleh seramai lebih kurang 20 peserta dari pelbagai kawasan berdekatan dan tidak hanya sekitar Felda Medoi. Kelas telah dimulakan seawal jam 9 pagi dengan demo yang ditunjukkan daripada jemputan luar iaitu Cikgu Zaleha dari Gemas, Negeri Sembilan. 

 

Setiap peserta disediakan satu set acuan keychain berisi lebih kurang enam keychain berjaya dihasilkan pada satu masa. Membuat seni resin ini agak mengambil masa, setelah bacuhan epoxy telah dituang ke dalam acuan, peserta harus menunggu sekurangnya 24jam untuk memastikan ianya keras. 


Para peserta memberi maklum balas bahawa mereka sukakan aktiviti seperti ini dan berharap PEDi Felda Medoi mampu menganjurkan lagi aktiviti seperti ini lagi pada masa akan datang.

 

-Gambar Di Sini-

Tujuan

  • Meningkatkan kemahiran untuk melahirkan usahawan bermotivasi, inovatif dan berdaya saing.

Melatih usahawan untuk menjadi kreatif dalam menyedikan pelbagai kandungan pemasaran produk dan jenama.

Memberi latihan asas keusahawanan kepada para usahawan.


Aktiviti

Program pada kali ini, PEDi telah dijemput untuk berkongsi tentang Stop-Motion bersama usahawan dan peserta yang dijemput oleh pihak KEMAS. Selain dari sesi perkongsian bersama PEDi. Terdapat juga slot-slot lain seperti ceramah agama dan juga slot dari PERKESO berkaitan Skim Keselamatan Pekerjaan Sendiri dan slot terakhir atau slot utama adalah slot dari PEDi.

Slot dimulakan dengan pengenalan PEDi dan juga diteruskan dengan pengenalan kepada topik utama iaitu 'Stop Motion'. Seramai lebih kurang 50 peserta telah mengikuti program ini dan datang dari pelbagai tempat di seluruh Sekijang. Para peserta telah dihahagikan kepada 10 kumpulan. Seterusnya, kelas dilanjutkan dengan demo bagaimana untuk membuat 'stop motion'.

Peserta dibahagikan secara rawak dan semua peserta diminta berinteraksi di antara satu sama lain dan mengeluarkan idea masing-masing. Setelah itu, pengambilan gambar dimulai dan peserta juga diajar cara untuk edit gambar tersebut membentuk satu video stop-motion. Para peserta menunjukkan minat terhadap bengkel yang dijalankan dan terus memuat naik hasil mereka ke dalam aplikasi WhatsApp.

-Gambar Di Sini-

;. 

Tujuan

Untuk membina kerjasama di antara ahli dalam pasukan.

Melatih pasukan untuk menjadi kreatif menyelesaikan misi dan tugasan yang diminta.

Memperkenalkan PEDi dengan lebih mendalam dan memperluaskan ilmu ICT kepada pelajar.

 

Aktiviti

Para pelajar mula berkumpul seawal jam 8:00 pagi di perkarangan PEDi Felda Medoi. Para pelajar telah dijemput dari Kolej Komuniti Segamat dan mereka terdiri daripada pelajar semester 2 dan 3 dari pelbagai kursus. Seramai 23 orang pelajar lelaki dan perempuan telah mengikuti explorace yang diadakan pada kali ini.Explorace ini dianjurkan sempena aktiviti awal Hari Bersama Komuniti. Program ini adalah gabungan dari empat buah PEDi iaitu PEDi Felda Medoi, Taman Yayasan, Felda Kemelah dan juga Felda Pemanis.

 

Tema Explorace pada kali ini ialah berkaitan ICT dan terdapat 5 buah pusat pemeriksaan atau checkpoint yang akan dilalui oleh para peserta. Antara misi atau aktiviti yang dilakukan adalah termasuk menghasilkan sebuah video pendek dari topik bertemakan "Kebebasan Bersuaran bukan Kebebasan Berbohong" para pelajar perlu menjadi kreatif dalam menyampaikan apakah makna tema tersebut dengan isu yang sering terjadi di internet. Selain itu, terdapat juga checkpoint yang memerlukan para pelajar untuk menyiapkan teka silang kata dan rujukan jawapan mereka boleh dicari di internet. Terakhir sekali adalah checkpoint yang memerlukan mereka untuk mencari contoh contoh penipuan di internet. Pelajar telah diberikan sijil dan hadiah serta medal bagi mereka yang mendapat tempat pertama hingga ketiga.

 

-Gambar Di Sini-

Tujuan

  • Meningkatkan kemahiran untuk melahirkan usahawan bermotivasi, inovatif dan berdaya saing

Melatih usahawan untuk menjadi kreatif dalam menyedikan pelbagai kandungan pemasaran produk dan jenama.

Memberi latihan asas keusahawanan kepada para usahawan.



Aktiviti

Program dimulakan seawal 9:00 pagi dan disertai seramai lebih kurang 6 orang usahawan dan usahawanita. Mereka datang dari kawasan sekitar termasuk Bandar Putra, Gemereh dan sebagainya. Kelas dimulakan dengan pengenalan PEDi dan juga diteruskan dengan pengenalan kepada topik bengkel keusahawanan pada minggu tersebut iaitu 'Stop Motion'. 

Seterusnya, kelas dilanjutkan dengan demo bagaimana untuk membuat 'stop motion'. Bengkel kali ini juga merupakan rentetan atau kesinambungan daripada kelas sebelum ini iaitu kelas fotografi - flatlay. Para peserta menunjukkan minat terhadap bengkel yang dijalankan dan terus memuat naik hasil mereka ke dalam aplikasi TikTok mereka. 

-Gambar Di Sini-

;. 

Tujuan

Untuk melahirkan pelajar yang berpengatahuan.

Berkongsi keburukan jika tidak klik dengan bijak di Internet.

Menambah pengetahuan grafik kepada para pelajar agar menjadi lebih kreatif.

 

 

Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan pertunjukan dua video dari YouTube Klik Dengan Bijak dibawah topik buli siber dan maklumat palsu. Dua buah video berdurasi kurang dua minit memaparkan keburukan jika tidak berjaya mengawal diri berkongsi maklumat palsu dan apa yang terjadi di internet jika wujudnya pengguna yang tidak bertanggungjawab dan membuli pengguna lain di internet. Oleh itu, video tersebut telah ditayangkan di internet selain daripada memaparkan kesan tersebut turut terdapat nasihat yang boleh dilakukan untuk menjadi pengguna bijak di internet

 

Selepas itu, petugas meminta untuk para pelajar untuk mencipta sebuah poster berdasarkan dua buah video yang dilihat oleh mereka sebentar tadi. Para pelajar bebas untuk memilih sama ada membuat poster berdasarkan tema KDB maklumat palsu atau buli siber. Seramai lima orang pelajar sekolah rendah tahun 6 telah menyertai aktiviti ini. Hasil poster mereka akan dimuat naik di Facebook PEDi apabila mereka sudah sedikit mahir dengan penggunaan canva.com.

 

-Gambar Di Sini--Gambar Di Sini-

Sub-kategori