Latar Belakang

Farah Afrina merupakan seorang lepasan sekolah menegah yang baharu sahaja menamatkan pelajarannya di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Farah Afrina ingin menggunakan salah satu khidmat PEDi iaitu kelas ICt (Microsoft Office). Beliau mempunyai pengetahuan yang sangat asas di dalam penggunaan komputer.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Farah Afrina bukan seorang ahli PEDi namun tahu akan kewujudan dan khidmat yang disediakan di sini. Oleh itu, beliau telah menghubungi petugas untuk menjadi ahli baharu di PEDi dan menggunakan salah satu khidmat PEDi iaitu kelas Microsoft Office yang terdiri daripada tiga subjek iaitu Words, Excel dan juga PowerPoint. Beliau ingin belajar Microsoft Office di sini kerana ingin mendapatkan sijil kemahiran menaip yang ingin digunakan bagi meminta pekerjaan. Tahap kemahiran ICT beliau adalah asas sahaja. Beliau tahu cara menggunakan papan kekunci tapi tidak mahir dan biasa dengan Microsoft.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM

AM selaku petugas yang mengajar peserta ini telah menetapkan sebanyak 8 ke 10 kelas sebulan bagi setiap subjek. Pada bulan Mei Farah Afrina telah belajar bagi subjek Words. Petugas telah memperkenalkan kepada beliau shortcut bagi words yang boleh digunakan bagi memudahkan kerja beliau. Oleh kerana, beliau tidak mempunyai asas dalam Microsoft, petugas telah memperkenalkan fungsi fungsi di dalam ribbon toolbar di Words terlebih dahulu. Setelah itu, petugas mengajar beliau mengikut modul yang disediakan dan diubah mengikut kesesuaian dan keperluan Farah Afrina. Pada akhirnya, beliau telah menguasai sedikit sebanayk shortcut dan segala jenis kepentingan lain seperti layout, alignment dan penggunaan font,spacing dan sebagainya untuk digunakan oleh beliau kelak.

 

-Gambar Di Sini-

 -Gambar Di Sini- 

Latar Belakang

Adik Puteri merupakan salah seorang ahli PEDi Felda Medoi. Beliau bukan seorang pengunjung tetap di sini. Namun, beliau kerap datang ke PEDi ketika musim cuti persekolahan dan mengunakan khidmat internet di sini untuk mencari bahan rujukan sekolah. Beliau memberitahu, beliau tidak mempunyai pengetahuan yang meluas dalam ilmu digital dan berminat untuk mempelajari lebih lagi pengetahuan digital. 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Adik Puteri mempunyai kemahiran asas internet kerana beliau sering menggunakan khidmat internet disini. Namun, tahap penguasaan pengetahuan ICT beliau adalah paras asas. Oleh itu, petugas telah mencadangkan kepada beliau untuk mempelajari kemahiran paling asas terlebih dahulu iaitu mencipta akaun Gmail. Beliau juga kerap menghadiri kelas designing yang dianjurkan oleh petugas PEDi namun beliau tidak dapat menggunakan aplikasi dan website untuk mereka cipta dengan sepenuhnya oleh kerana beliau tidak mempunyai akaun Gmail.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Setelah mengikuti beberapa kelas anjuran PEDi, petugas mmendapati bahawa adik Puteri sememangnya mempunyai minaty terhadap dunia digital. Setelah berjaya mencipta akaun Gmail, beliau berjaya mencipta akaun untuk menggunakan website designing. Beliau berjaya mengolah sendiri design yang ingin dilakukan oleh beliau. Kelas ertama beliauu petugas  mengenalkan dengan fungsi-fungsi canva dan juga cara bagaimana beliau boleh mendapatkan contoh design untuk menghasilkan satu hasil beliau sendiri. Kelas pertama diulakann dengan mereka kad ucapan hari raya Aidiladha dan terdapat juga kelas-kelas seperti poster berdasarkan topik Klik Dengan Bijak dijalankan.

 

 -Gambar Di Sini- 

 

Latar Belakang

 

Puan Azlina merupakan salah seorang kenalan kepada petugas PEDi Felda Medoi. Hubungan beliau dan petugas Pusat Internet sememangnya agal rapat. Puan Azlina selalu berkunjung ke Pusat Internet untuk menggunakan khidmat disini. Antara khdimat yang sering digunakan di PIK adalah penggunaan internet. 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Puan Azlina adalah seorang peniaga satay dan perniagaanya agak mendapat perhatian dalam kalangan penduduk setempat. Namun, beliau tidak mahir cara untuk mengembangkan perniagaan beliau agar dapat dinikmati oleh lebih ramai orang lagi. Oleh itu, petugas telah mengambil inisiatif untuk menawarkan kelas usahawan - Food Panda kepada beliau. Hal ini adalah bagi tujuan untuk mengagalakkan lagi graf jualan beliau.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Setelah mengikuti beberapa kelas anjuran PEDi, hasil jualan beliau telah menunjukkan hasil jualan yang memberangsangkan. Puan Azlina juga telah mahir menggunakan Microsoft Excel untuk mencatat jualan beliau.PEDi telah memberi panduan kepada beliau cara untuk menjual di platform Food Panda dan cara mengiklankan perniagaan beliau di platform media sosial. 

-Gambar Di Sini-

 

Latar Belakang

Adik Nur Alya Asyikin merupakan salah seorang ahli PEDi Felda Medoi. Beliau bukan seorang pengunjung tetap di sini. Namun, beliau kerap datang ke PEDi ketika musim cuti persekolahan dan mengunakan khidmat internet di sini untuk mencari bahan rujukan sekolah.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Adik Nur Alya mempunyai kemahiran asas internet kerana beliau sering menggunakan khidmat internet disini. Namun, tahap penguasaan pengetahuan ICT beliau adalah paras asas. Oleh itu, petugas telah mencadangkan kepada adik Alya untuk mempelajari kemahiran designing mengggunakan Canva.Com. Kemahiran designing ini sangat berguna untuk beliau pada masa akan datang sebagai contoh, untuk masuk pertandingan dan untuk mereka susun atu grafik sosial media. Hal ini, sekali gus membantu beliau untuk menggalakkan lagi bakat mereka bentuk dalam diri beliau.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Setelah mengikuti beberapa kelas anjuran PEDi, petugas mmendapati bahawa adik Alya sememangnya mempunyai bakat terpendam. Beliau berjaya mengolah sendiri design yang ingin dilakukan oleh beliau. Kelas ertama beliauu petugas  mengenalkan dengan fungsi-fungsi canva dan juga cara bagaimana beliau boleh mendapatkan contoh design untuk menghasilkan satu hasil beliau sendiri. Kelas pertama diulakann dengan mereka kad ucapan hari raya Aidiladha dan terdapat juga kelas-kelas seperti poster berdasarkan topik Klik Dengan Bijak dijalankan.

 

 -Gambar Di Sini- 

 

Nama    :  Puan Rashidah Mohammad

Tempat  : Pusat Internet Felda Medoi

Masa     : 10.00 a.m - 12.00 a.m

Peserta  : 1 Orang

 

Latar Belakang

Puan Rashidah merupakan salah seorang kakitangan Pejabat Felda Medoi. Hubungan beliau dan petugas Pusat Internet agak akrab. Puan Rashidah selalu berkunjung ke Pusat Internet untuk menggunakan khidmat disini. Antara khdimat yang sering digunakan di PIK adalah penggunaan internet. Oleh yang demikian,

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Puan Rashidah merupakan seorang usahawan dan berniaga keropok losong dan ses lekor secara runcit kepada penduduk setempat. Oleh itu, bagi menggalakkan lagi hasil jualan beliau petugas telah menggalakkan beliau untuk menjalankan jualan di platform E-Dagang Kelas ICT yang diberikan kepada Puan Rashidah adalah kelas E-Dagang Shopee.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Setelah mengikuti beberapa kelas anjuran PIK, hasil jualan beliau telah menunjukkan hasil jualan yang memberangsangkan. Puan Rashidah juga telah mahir menggunakan Microsoft Excel untuk mencatat jualan beliau.PIK telah memberi panduan kepada beliau cara untuk membuka akaun Shopee dan memuat naik produk. Selain itu, kelas bersama PIK juga meliputi cara melihat hasil jualan dan jumlah barang terjual.

 

-Gambar Di Sini-