Tarikh : 10 Februari 2022 Tempat : Felda Medoi Masa : 8:30 Pagi – 12:30 Tengahari Peserta : Komuniti Wanita Felda Medoi dan Segamat |
Tujuan
Bimbingan professional dari Chef yang berpengalaman
Menguasai teknik-teknik masakan yang terbaik.
Terapi tekanan untuk para ibu-ibu yang menyertai kursus ini.
Aktiviti
Kursus ini dianjurkan dengan kerjsama dari Kolej Komuniti Segamat dan berjaya mendapatkan seramai 11 orang pelajar. Walaupun jumlah pelajar yang mengikuti kursus ini adalah sedikit tapi masih mendapat sambutan hangat dengan permintaan untuk mengulangi kursus masakan ini dengan masakan lain. Pelajar yang sedikit juga adalah kerana operasi standard (SOP) yang harus dipatuhi bersesuaian dengan saiz Pusat Ekonomi Digital (PeDI) ini.
Kursus ini dimulai seawall jam 8:30 pagi dengan bimbingan Chef atau Pengamal Masakan dari PeDI sekitar Segamat. Para pelajar diberi tahu tentang bahan-bahan yang akan digunakan. Pulut kuning ini dimasak menggunakan pressure cooker. Chef menunjukkan bagaimana menetapkan tetapan untuk memasak pulut kuning.
Pulut kuning ditanak selama 6 minit mengikut kadar pulut dan hasilnya dapat dibuktikan bahawa pulut tersebut lembut dan cukup masak. Selepas itu, chef juga mengajar para peserta memasak rending ayam juga menggunakan pressure cooker bahan bahan dimasukkan semua ke dalam periuk tersebut dan dibiar masak selama 15-20 minit.
Rata-rata pelajar sangat berpuas hati dengan kursus yang dianjurkan dan memberi maklum balas agak kursus ini diadakan lagi pada masa akan datang dengan menu yang lain.