Jom kita tonton video dari Jabatan Penerangan berkaitan  3 langkah mudah membendung berita palsu! 

Mereka harus peka dengan maklumat diterima dan menentusahkan sumber maklumat berita sebelum berkongsi dan menyebarkan berita itu.
Berikut merupakan langkah-langkah dalam membendung berita palsu.


Layari https://sebenarnya.my/ untuk pengesahan yang lebih teperinci.



Jom kita tonton bagaimana cara untuk mendapatkan jaringan internet yang baik di dalam rumah kita sendiri. Berdasarkan video yang dikongsi bagi mendapatkan pengalaman internet yang baik adalah elakkan berada di kawasan yang mempunyai halangan seperti dinding yang tebal kerana hal ini akan menganggu internet untuk dicapai dengan lancar.

Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) adalah asas kepada peralihan infrastruktur digital dengan matlamat untuk menyediakan liputan perkhidmatan jalur lebar yang menyeluruh, berkualiti tinggi dan kualiti pengalaman yang baik di seluruh negara.

Selain itu, bagi meningkatkan kualiti pengalaman Internet yang baik di dalam rumah, pengguna juga boleh mengikuti tip – tip seperti yang diberikan di dalam video ini seperti mengelak daripada berada di kawasan yang mempunyai halangan seperti dinding tebal semasa membuat panggilan. Membuat panggilan daripada kawasan yang jauh daripada router WiFi juga turut akan menyebabkan gangguan kepada kualiti capaian Internet anda.

#JENDELA

#MCMC

#QoE

 

Mari sama-sama kita saksikan video sambutan Hari Malaysia 2021 yang telah diadakan pada 16 September 2021 tempoh hari.

 

Copyright SKMM/MCMC

Bagi memastikan setiap rakyat memiliki peranti dan akses internet pada harga yang berpatutan, KKMM melalui MCMC telah mengumumkan satu pakej yang dinamakan Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Pakej Peranti Keluarga Malaysia.

 

Bagi Pakej Remaja Keluarga Malaysia, para pelajar dapat memanfaatkan data 20GB untuk 3 bulan dengan hanya RM30 (RM10/bulan) untuk aktiviti produktiviti setiap hari serta Internet asas tanpa had. Pakej ini termasuk 1GB data harian (sebanyak 90GB untuk 3 bulan) percuma untuk aktiviti produktiviti.

 

Bagi Pakej Peranti Keluarga Malaysia pula, pengguna boleh memiliki atau menaik taraf kepada peranti mudah alih 4G dan VoLTE dengan langganan bulanan serendah RM40 sebulan melalui kontrak selama 12 – 24 bulan (tertakluk kepada jenis peranti dan perkhidmatan yang dilanggani).

 

#KKMM #MCMC #PakejPeranti #PakejRemaja #KeluargaMalaysia

Saksikan temubual bersama Encik Mohd Hafiz bin Shahaini, Penolong Pengarah, Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat, Jabatan Penerangan Malaysia mengenai Pertandingan ILHAM Merdeka Tiktok Challenge 2021.

 

Lebih info lagi di www.merdeka360.my

 

#HKHM2021
#MalaysiaPrihatin
#DemiMalaysia
#KomunikasiKita
#JabatanPenerangan