KELAS USAHAWAN (Shopee)
Tarikh : 29 Julai 2021 Tempat : Felda Medoi Masa : 2:30 Tengahari – 4:00 Petang Peserta : Usahawan Komuniti |
Tujuan
Mebimbing peserta dari asas pembukaan akaun dan jualan di Shopee
Memberi pendedahan cara menjalankan jualan di atas talian.
Menghasilkan teknik pemasaran di dalam akaun Shopee.
Aktiviti
Kelas ini diadakan sejajar dengan program yang dianjurkan iaitu Pertandingan Usahawan Digital. Kelas ini diadakan untuk menerangkan kepada usahawan langkah-langkah mewujudkan akaun Shopee.
Selain itu, usahawan juga diajar cara menjual di dalam Shopee, melakukan pengeposan, cara mencetak ‘airway bill’ dan meletakkan harga di dalam akaun jualan mereka. Usahawan juga di ajar untuk memasukkan data di dalam laporan jualan sebagai rujukan.
Hal ini, tentunya dapat menggalakkan lagi dan memberi semangat kepada usahawan untuk menjual secara atas talian. Oleh yang demikian, hal ini dapat meningkatkan pendapatan golongan sasaran ini selain menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik.