Dahulu bila disebut tempe mesti ramai yang mengaitkan tempe adalah makanan dari kalangan masyarakat jawa , tetapi sekarang sudah berubah, tempe sudah menjadi makanan yang popular di kalangan semua masyarakat kerana tempe sudah banyak di transformasikan ke pelbagai jenis seperti tempe goreng , kerepek tempe dan juga sambal tempe,
Program Industri Kecil dan Sederhana (IKS) juga diwujudkan di kawasan Felda Medoi. Langkah ini bersesuaian dengan matlamat kerajaan untuk meningkatkan ekonomi penduduk atau peneroka melalui kegiatan-kegiatan hiliran atau perniagaan berskala kecil. Di Medoi, seorang penduduk membuka bengkel mengecat kereta yang telah beroperasi lebih dari 10 tahun. Terkenal dengan nama Miza Motor Autocolour, bengkel ini menyediakan perkhidmatan mengecat dan membaiki kereta. Terdapat juga bengkel membaiki kenderaan yang dibuka di Medoi ini sebagai salah satu cara belia meningkatkan pendapatan dan ekonomi mereka.
Selain itu, terdapat bengkel membuat kerepek yang diusahakan oleh penduduk kampung yang berhampiran. Nor Hamidah Japri merupakan antara pengusaha kerepek yang berjaya di kawasannya. Beliau memasarkan kerepek-kerepeknya di sekitar Johor dan kawasan-kawasan lain seperti Negeri Sembilan dan Melaka. Adakalanya beliau mendapat tempahan dari Sabah dan Sarawak. Perusahaan kerepek beliau juga memerlukan beberapa orang pembantu untuk membantu kerja-kerja pembuatan dan pembungkusan. Justeru, orang-orang kampung secara tidak langsung mendapat peluang menambah pendapatan melalui kerja-kerja sambilan yang dilakukan.
Bagi mengendalikan perniagaannya, Nor Hamidah mendapat bantuan daripada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan Jabatan Pertanian. Beliau menerima bantuan peralatan seperti mesin pembakar (oven) serta sering dibimbing dalam hal-hal pemasaran produk.
Selain itu, terdapat juga peneroka lain yang mengusahakan jualan kuih bahulu. Diusahakan oleh Hajah Mariam Bt Manaf, jualan bahulu yang dilakukan secara tradisional mendapat sambutan yang amat menggalakkan terutamanya pada musim perayaan. Bukan sahaja kuih-muih, kerepek, dan perusahaan bengkel, malah terdapat peneroka yang membuka kedai menjual bunga dan pasu di rumah mereka. Hal ini sebagai salah satu usaha peneroka untuk meningkatkan kegiatan ekonomi di Medoi, di samping menambah pendapatan sampingan mereka. Kak Jah Nursery antara peneroka yang mengusahakan jualan pokok bunga dan pasu yang dijalankan di kawasan rumah beliau.