Felda Medoi terletak kira-kira 8 Km dari pusat bandar Segamat dengan anggaran masa perjalanan selama 10 minit. Felda Medoi merupakan antara tanah rancangan persekutuan yang terawal di daerah Segamat, Johor. Tanah rancangan Felda ini juga telah dibuka sekitar awal tahun 1960-an. Antara kemudahan yang terdapat di Felda Medoi adalah masjid, sekolah, balai raya klinik kesihatan dan sebagainya. Felda Medoi termasuk dalam kawasan Parlimen Sekijang di bawah kelolaan YB Anuar Bin Manap dan DUN Pemanis di bawah jagaan YB Lau Chin Hoon.