Tarikh    : 17 Oktober 2020

Tempat  : PI Felda Medoi

Masa     : 3.30 Petang – 5.30 Petang

Peserta  : Pelajar Sekolah Rendah

 

 

Tujuan

Mewujudkan budaya berfikir secara kreatif dan inovatif dalam menyediakan buku skrap

Memberi pendedahan kepada pelajar bagaimana mencari bahan rujukan untuk menghasilkan secara atas talian. 

Menguasai kemahiran pengurusan diri untuk berdikari mencari maklumat di internet.

 

 

Aktiviti

Peserta merupakan pelajar sekolah rendah yang ingin menghasilkan buku skrap. Buku skrap itu adalah bertajuk ciri-ciri perdana menteri pilihan yang ingin dibentangkan. Oleh itu, pelajar tersebut iaini adik NurIman mencari di beberapa website dan seterusnya menyusun atur maklumat yang dijumpai di laman web tersebut ke dalam Microsoft Words. Maklumat tersbut disusun bersesuaian dengan gambar dan ciri-ciri yang dikehendaki. Seterusnya, di cetak keluar dan digunting dan ditampal di atas buku skrap. Aktiviti mencari bahan di laman internet amat bersesuaian kerana lebih banyak maklumat boleh didapati oleh mereka di internet.

 

 

-Gambar di sini- 

Tarikh    : 28 Ogos 2020

Tempat  : PI Felda Medoi

Masa     : 9 Pagi – 2 Tengahari

Peserta  : Usahawan

 

 

Tujuan

Melahirkan generasi yang kreatif.

Memberi pendedahan tentang kemudahan menghasilkan poster secara atas talian. 

Mengeratkan silaturrahim di antara para peserta.

Aktiviti

Seramai 10 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah telah hadir untuk mendalami ilmu menggunakan website Canva untuk menghasilkan sebuah poster.

Sebelum memulakan kelas poster, para peserta terlebih dahulu telah diminta untuk mendaftar emel menggunakan akaun gmail. Hal ini demikian kerana emel tersebut akan digunakan untuk mendaftar akaun canva dan menghantar emel kepada pihak penganjur. Rata-rata daripada peserta tidak mempunyai emel sendiri oleh itu petugas telah membantu mereka untuk mencipta akaun emel masing-masing. Seterusnya, petugas memulakan kelas dengan memperkenalkan canva dan bagaimana canva berfungsi. Para peserta telah diajar satu persatu cara untuk menggunakan canva yang dapat membantu mereka menghasilkan sebuah poster yang cantik.

Kelas ini diadakan berikutan dengan sebuah pertandingan yang dianjurkan iaitu Pertandingan Poster yang bertemakan Pusat Internet Pemangkin Komuniti Digital.

 

 

-Gambar di sini- 

Tujuan

Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet)

Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain

Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri

Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet

 

Aktiviti

Seramai 18 orang peserta telah diterangkan dengan apa itu Klik Dengan bijak yang diusahakan oleh SKMM. Kemudian para perserta ditontonkan empat video dari channel Klik Dengan Bijak di platform YouTube. Tiga video tersebut ialah, Klik Dengan Bijak - Buli Siber, Klik Dengan Bijak - Penipuan Internet dan Klik Dengan Bijak - Berkongsi Secara Berlebihan. selepas berakhirnya tayangan video ini, diteruskan pula dengan sesi soal dan jawab bersama peserta, Peserta diajukan soalan mengikut apa yang telah diterangkan dan berdasarkan video yang dimainkan. Di akhir aktiviti ini, peserta ditayangkan dengan sebuah filem iaitu "Jumanji".

 

 

-Gambar di sini-

Kelas Usahawan SHOPEE

Tarikh    : 5 Ogos 2020

Tempat  : PI Felda Medoi

Masa     : 9 Pagi – 2 Tengahari

Peserta  : Usahawan

 

 

Tujuan

Melahirkan usahawan yang boleh melakukan jualan di pelbagai platform.

Memberi pendedahan tentang bagaimana laman E-Dagang ini berfungsi. 

Mengeratkan silaturrahim di antara usahawan.

Aktiviti

Beberapa usahawan baharu yang ingin berjinak-jinak dengan laman E-Dagang (Shopee) telah dikumpulkan untuk memulakan perniagaan mereka di laman Shopee.

Para peserta telah diperkenalkan dengan kelebihan-kelebihan memulakan perniagaan di Shopee. Petugas telah membantu para usahawan ini untuk mendaftarkan akaun peniaga di Shopee. Setelah itu juga petugas telah membantu mereka untuk mengambil gambar produk untuk dimuat naik ke dalam akaun mereka. Malahan kami juga telah membantu usahawan untuk mengenal pasti berat produk mereka agar mereka dapat memilih kos penghantaran dengan tepat.

Kelas ini diadakan berikutan dengan sebuah pertandingan yang dianjurkan iaitu Pertandingan Usahawan Baru Online.

 

 

-Gambar di sini- 

Tarikh    : 9 Januari 2020

Tempat  : PI Felda Medoi

Masa     : 9 Pagi – 2 Tengahari

Peserta  : Penghulu dan Ketua Kampung Mukim Sungai Segamat

 

 

Tujuan

Susun atur klip video yang ingin dimasukkan.

Membina skrip bersama-sama mengikut tema video.

Menghasilkan video korporat untuk penghulu Majlis Perbandaran Segamat.

 

 

Aktiviti

Aktiviti penyuntingan video korporat bersama-sama ketua kampung dari mukim Sungai Segamat seramai tujuh orang dan diketuai oleh penghulu dari Majlis Perbandaran Segamat. Video ini berkisarkan latar belakang kampung, isu kampung dan kejayaan kampung yang berjaya dicapai. Video ini juga menceritakan tentang masa depan kampung, apa yang ingin dicapai kampung. Ketua-ketua kampung juga menjelaskan bagaimana melalui isu yang timbul dapat diselesaikan menggunakan langkah yang ingin diambil.

Petugas pusat internet membantu penghulu dan ketua-ketua kampung menambah baik skrip sedia ada agar isi dapat disampaikan dengan lebih baik. Petugas juga menasihati bagaimana dan jenis klip video sesuai untuk dimasukkan ke dalam video agar video yng terhasil kelihatan menarik untuk ditonton

 

 

-Gambar di sini- 

Sub-kategori