Dataran Segamat terletak kira-kira 9km dari Felda Medoi. Di sini merupakan tempat segala aktiviti yang melibatkan masyarakat Segamat akan diadakan.

      • Dataran Segamat - Dataran Segamat telah dibina pada tahun 1996 sebagai tempat utama berlangsungnya sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Johor. Sebelum diubahsuai dan diberi nama sebagai Dataran Segamat, tempat ini dahulunya dikenali sebagai Padang Besar Segamat. Pada tahun 2005, Segamat sekali lagi dipilih     sebagai tuan rumah sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri. Pengubahsuaian dilakukan, tidak hanya menara jam malah replika durian juga diletakkan bersebelahan sebagai tarikan dan mercu tanda utama bandar Segamat.

 

      • Taman Bunga Batu Hampar (Rock Garden) – Taman Bunga Batu Hampar adalah satu-satunya taman rekreasi di tengah bandar Segamat. Di sini juga menempatkan kediaman rasmi Pegawai Daerah Segamat dan Istana Hinggap, khas untuk kerabat diraja Johor.

 

      • Makam Bendahara Tepok – Makam Bendahara terakhir Kesultanan Melayu Melaka terletak di Kampung Lubuk Batu, kira-kira 2 kilometer dari Pusat Bandar Segamat melalui jalan raya persekutuan.

Sub-kategori