Tarikh    :  10 Februari 2022

Tempat  : Felda Medoi

Masa     : 8:30 Pagi – 12:30 Tengahari

Peserta  : Komuniti Wanita Felda Medoi dan Segamat

 

 

Tujuan

Bimbingan professional dari Chef yang berpengalaman

Menguasai teknik-teknik masakan yang terbaik.

Terapi tekanan untuk para ibu-ibu yang menyertai kursus ini.

 

 

 

Aktiviti

 

Kursus ini dianjurkan dengan kerjsama dari Kolej Komuniti Segamat dan berjaya mendapatkan seramai 11 orang pelajar. Walaupun jumlah pelajar yang mengikuti kursus ini adalah sedikit tapi masih mendapat sambutan hangat dengan permintaan untuk mengulangi kursus masakan ini dengan masakan lain. Pelajar yang sedikit juga adalah kerana operasi standard (SOP) yang harus dipatuhi bersesuaian dengan saiz Pusat Ekonomi Digital (PeDI) ini.

Kursus ini dimulai seawall jam 8:30 pagi dengan bimbingan Chef atau Pengamal Masakan dari PeDI sekitar Segamat. Para pelajar diberi tahu tentang bahan-bahan yang akan digunakan. Kek lobak merah ini dimasak dengan cara kukusan dan mempunyai hiasan cream cheese serta kacang walnut.

Proses untuk menyiapkan seluruh kek sehingga hiasan adalah selama lebih kurang dua jam. Para peserta juga diberikan tugas secara praktikal bagaimana cara untuk menghiaskan dan melekatkan antara dua kek lobak merah. Kek yang diajar adalah lebih kepada kek jualan dan juga kek untuk majlis.

Rata-rata pelajar sangat berpuas hati dengan kursus yang dianjurkan dan memberi maklum balas agak kursus ini diadakan lagi pada masa akan datang dengan menu yang lain.

 

 

-Gambar Di Sini-