Tarikh    : 15 Disember 2019

Tempat  : PI Felda Medoi

Masa     : 9 Pagi – 2 Tengahari

Peserta  : Pelajar Sekolah Rendah

 

 

Tujuan

Menggalakkan pemikiran kreatif dalam kalangan pelajar sekolah sejak kecil lagi.

Memberi pendedahan tentang bagaimana boleh menjana duit melalui perniagaan gubahan. 

Mengeratkan silaturrahim di antara pelajar sekolah rendah.

 

 

 

Aktiviti

Pelajar pelajar sekolah rendah terdiri daripada tiga buah PI masing-masing. PI tersebut ialah, PI Felda Medoi, PI Kemelah, PI Felda Pemanis, PI Felda Chemplak. Enam kumpulan ini terdiri daripada tiga orang ahli bagi setiap kumpulan.

Pengurusan Pusat Internet Felda Medoi bertanggungjawab untuk menganjurkan satu kelas gubahan cokelat bergabung bersama-sama dengan tiga lagi buah PI berdekatan. Kami sepakat untuk melatih anak-anak kecil ini cara untuk menghadilkan gubahan dengan bajet yang sangat rendah.

 

Ternyata kelas ini mendapat sambutan yang baik dari kalangan pelajar perempuan dan juga lelaki. Kelas gubahan ini mengambil masa selama 4 jam untuk dihabiskan. Pelajar semua bersemangat dan memberikan kerjasama yang baik. 

 

 

-Gambar di sini- 

Tarikh    :  30 November 2019

Tempat  : PI Felda Medoi

Masa     : 9 Pagi – 2 Tengahari

Peserta  : Pelajar Sekolah Rendah

  

Tujuan

Memberikan kesedaran dan keseronokkan kepada pelajar sekolah rendah dalam permainan bayblade.

Mengeratkan silaturrahim di antara pelajar sekolah rendah.

Menggelakkan murid ketagih dengan permainan video.

Aktiviti

Pelajar pelajar sekolah rendah terdiri daripada enam buah kumpulan yang mewakili PI masing-masing. PI tersebut ialah, PI Felda Medoi, PI Kemelah, PI Felda Pemanis, PI Felda Chemplak. Enam kumpulan ini terdiri daripada tiga orang ahli bagi setiap kumpulan.

Pertandingan ini di mulai dengan peringakt saringan, diteruskan dengan separuh akhir dan kemudian di akhiri dengan peringkat akhir. Pertandingan ini telah dimenangi oleh pasukan dari Felda Pemanis.

-Gambar di sini-

Tarikh    :  15 Oktober 2019

Tempat  : SMKA Segamat

Masa     : 2:00 Petang – 5:00 Petang

Peserta  : Pelajar Sekolah Menengah

 

Tujuan

Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet)

Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain

Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri

Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet

 

Aktiviti

Para peserta diterangakn tentang program Klik Dengan Bijak. Peserta diperkenalkan dengan applikasi ‘Check Your Label’. Di sini peserta diterangkan lagi bahawa di dalam aplikasi tersebut terdapat dua jenis kemudahan yang pertama untuk memastikan IMEI dan yang kedua nombor siri. Di mana IMEI untuk memastikan telefon dan nombor siri lebih kepada barangan elektrik.

 

 -Gambar di sini-

 

 

 

 

 

Tujuan

  • Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet)
  • Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain
  • Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri
  • Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet

Aktiviti

Para peserta diterangakn tentang program Klik Dengan Bijak. Peserta diperkenalkan dengan applikasi ‘Check Your Label’. Di sini peserta diterangkan lagi bahawa di dalam aplikasi tersebut terdapat dua jenis kemudahan yang pertama untuk memastikan IMEI dan yang kedua nombor siri. Di mana IMEI untuk memastikan telefon dan nombor siri lebih kepada barangan elektrik.

Tarikh    :  6 November 2019

Tempat  : Masjid Felda Medoi

Masa     : 9 Pagi – 1 Tengahari

Peserta  : Wanita

 

Tujuan

Mendedahkan kepada kaum wanita tentang kepentingan mengetahui cara pengurusan jenazah.

Memenuhi tuntutan fardu khifayah dalam menjalani kehidupan seharian

Membiasakan golongan wanita dengan aktiviti bersifat fizikal supaya lebih memahami cara menguruskan jenazah yang tepat.

 

 

Aktiviti

GPW Felda Medoi telah menganjurkan satu program kursus pengurusan jenazah yang bertempat di masjid Felda Medoi. Progra, ini bermula seawall 9:00 pagi dan tamat pada 1:00 tengahari. Program ini disertai oleh ahli GPW dan penduduk wanita Felda Medoi.

Program yang dimulakan dengan sesi ceramah berkaitan cara pengurusan jenazah. Seterusnya para peserta kursus melihat dan mempelajari cara mandian jenazah dengan cara yang betul serta sesi mengkafankan mayat yang turut dibantu oleh kakitangan.

Program yang berakhir pada jam 1:00 tengahari itu telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari semua peserta program. Diharap program sebegini akan dapat diadakan lagi pada masa akan datang dalam memberi pengetahuan kepada para peserta berkaitan hukum-hukum dan amalan fardhu kifayah dalam kehidupan seharian selain ia dapat mengeratkan hubungan diantara kaum wanita di Felda Medoi.

 

 

-Gambar di sini-

Tarikh    :  12, 15, 21 & 29 September 2019

Tempat  : Pusat Internet Felda Medoi

Masa     :10:00 Pagi – 12:30 Tengahari

Peserta  : Ahli Gerakan Persatuan Wanita

 

 

Tujuan

Memberi pendedahan kepada golongan GPW tcara menggunakan Microsoft Words

Meningkatkan penggunaan dan penguasaan komputer dalam melaksanakan tugas menggunakan Microsoft Words secara asas.

Memberi pengenalan kemahiran asas untuk menghasilkan surat, jadual, kad jemputan dan sebagainya menggunakan Microsoft Words

Mengalakkan golongan yang sedikit mahir ini menggunakan ‘shortcut keyboard’ (pengenalan dan asas) ketika menyediakan bahan menggunakan Microsoft Word

 

 

Aktiviti

Kelas ini diadakan secara setiap minggu dibahagikan kepada golongan tiada pengetahuan dan sederhana mahir. Kelas sederhana mahir diadakan pada setiap hari Ahad, bermula jam 10:00 pagi sehingga 12:30 tengahari. Dihadiri oleh ahli GPW yang bersungguh-sungguh ingin menuntut ilmu tentang Microsoft Words. Petugas setiap minggu menyediakan bahan mengajar berlainan bersesuaian dengan tahap pengetahuan dan penerimaan pelajar. Dimulakan dengan mengajar ‘shortcut keyboard’ sehingga mereka mampu untuk menghasilkan kad jemputan.

 

-Gambar di sini-

Sub-kategori