Tarikh : 23 September 2021 Tempat : Felda Medoi Masa : 3:30 Tengahari – 5:00 Petang Peserta : Usahawan Komuniti |
Tujuan
Mebimbing peserta dari cara-cara untuk memproses pengeposan di Shopee
Memberi pendedahan cara untuk mencetak airwaybills di atas Shopee.
Mengajar peserta cara untuk melihat jumlah hasil jualan setelah pelanggan berjaya menerima produk yang dibeli.
Aktiviti
Kelas ini diadakan untuk menmberi panduan kepada peserta bagaimana untuk beliau melakukan proses-proses yang diperlukan sehingga barang selamat dihantar kepada pelanggan mereka. Kelas dimulakan dengan memberi sedikit pengenalan dimana peserta boleh mendapatkan maklumat berkenaan tentang jualan mereka yang terjual.
Selepas itu, peserta akan nampak maklumat jualan dan boleh mencetak maklumat pelanggan dan produk yang dibeli di bahagian ‘Shopee Seller’. Seterusnya, peserta diterangkan juga cara menerima pesanan dan boleh proses membungkus produk yang dibeli.
Akhir sekali, peserta boleh mencetak nota kurier di Pusat Internet Komuniti ini sendiri. Peserta juga diterangkan langkah-langkah keselamatan boleh diambil bagi memastikan nota kurier itu ditampal dengan selamat dan tidak tertanggal serta produk mereka boleh dibungkus dengan pembungkus gelembung untuk mengelakkan barang yang disampaikan kepada pelanggan itu rosak.
Hal ini, tentunya dapat menggalakkan lagi dan memberi semangat kepada usahawan untuk menjual secara atas talian. Oleh yang demikian, hal ini dapat meningkatkan pendapatan golongan sasaran ini selain menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik.
KELAS USAHAWAN (Shopee)
Tarikh : 29 Julai 2021 Tempat : Felda Medoi Masa : 2:30 Tengahari – 4:00 Petang Peserta : Usahawan Komuniti |
Tujuan
Mebimbing peserta dari asas pembukaan akaun dan jualan di Shopee
Memberi pendedahan cara menjalankan jualan di atas talian.
Menghasilkan teknik pemasaran di dalam akaun Shopee.
Aktiviti
Kelas ini diadakan sejajar dengan program yang dianjurkan iaitu Pertandingan Usahawan Digital. Kelas ini diadakan untuk menerangkan kepada usahawan langkah-langkah mewujudkan akaun Shopee.
Selain itu, usahawan juga diajar cara menjual di dalam Shopee, melakukan pengeposan, cara mencetak ‘airway bill’ dan meletakkan harga di dalam akaun jualan mereka. Usahawan juga di ajar untuk memasukkan data di dalam laporan jualan sebagai rujukan.
Hal ini, tentunya dapat menggalakkan lagi dan memberi semangat kepada usahawan untuk menjual secara atas talian. Oleh yang demikian, hal ini dapat meningkatkan pendapatan golongan sasaran ini selain menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik.
Tarikh : 23 April 2021 Tempat : PI Felda Medoi Masa : 2.30 Petang – 5.30 Petang Peserta : Komuniti Felda Medoi |
Tujuan
Membantu komuniti untuk mendaftar vaksin Covid-19
Menggalakkan komuniti untuk medaftar vaksin Covid-19
Menerangkan tentang kebaikan mengambil vaksin Covid-19
Aktiviti
Aktviti pendaftaran vaksin telah dianjurkan di PIK Felda Medoi bersama-sama dengan Persatuan Belia Felda Medoi. Pendaftaran vaksin ini telah dihebahkan kepada komuniti setempat dan telah mendapat sambutan yang baik dari golongan warga emas iaitu mereka yang berumur 60 tahun ke atas.
Aktiviti ini tentu sekali dapat membantu para warga emas tentunya yang mempunyai kekangan seperti internet dan cara untuk mendaftar diri untuk mendapatkan vaksin. Sepanjang aktiviti ini berlangsung petugas telah memastikan kesemua telah mengikut SOP yang telah ditetapkan dari mula datang dan pulang.
Tarikh : 3 Mei 2021 Tempat : Felda Medoi Masa : 9:00 Pagi – 1:30 Tengahari Peserta : Penghulu dan Ketua Kampung Mukim Sungai Segamat |
Tujuan
Menyampaikan mesej pesanan khidmat masyarakat.
Menggalakkan penonton video untuk mematuhi SOP.
Menekankan semangat kreatif di dalam peserta.
Aktiviti
Penggambaran video raya ini adalah dari permintaan Tok Penghulu Mukim Sungai Segamat dari Pejabat Perbandaran Segamat sendiri. Video ini telah disertai oleh kesemua ketua kampung dari Mukim Sungai Segamat. Antara ketua kampung tersebut adala ketua kampung Felda Medoi, Ketua Kampung Kampong Jawa, Ketua Kampung Kampung Tengah, Ketua Kampung Tahang Rimau, Ketua Kampung Felda Kemelah dan Ketua Kampung Felcra Sekijang. Kesemua ketua kampung dan tok penghulu yang terlibat adalah seramai tujuh orang.
Jalan cerita video ini adalah berkenaan perayaan Hari Raya Aidilfitri yang disambut penuh kesederhanaan kerana pandemic Covid-19. Mesej utama video ini adalah untuk mengigatkan para penonton agar tetap mematahi SOP ketika menyambut raya dan tetap besederhana dalam menyambut aidilfitri.
Pengambaran video dilakukan di dua tempat iaitu di sekitar kawasan Pusat Internet Komuniti Felda Medoi dan rumah penduduk Felda Medoi. Pengambaran dimulakan sekitar 9:00 pagi dan tamat pada jam 1:30 tengahari.
Tarikh : 3 April 2021 Tempat : PI Felda Medoi Masa : 3.30 Petang – 5.30 Petang Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan
Menggalakkan pemikiran secara kreatif dan kritis.
Mewujudkan semangat menghargai Pusat Internet Komuniti sebagai pusat untuk mereka mengenal lebih lagi terhadap dunia digital.
Mengenalai beberapa jenis syot yang wujud ketika pengambilan sesebuah video.
Aktiviti
Perkara paling utama dalam menghasilkan sebuah video adalah proses pencurahan idea. Para peserta telah terlibat terhadap proses seperti perkembangan idea dengan memberi idea tentang shot yang ingin dilakukan. Selain itu, mereka juga memberi idea tentang dialog-dialog yang boleh digunakan untuk dimasukkan ke dalam video.
Peserta juga telah diajar bagaimana untuk menggunakan tripod untuk mengambil video. Cara untuk merakam ketika bergerak dan sebagainya. Antara shot yang diajar adalah zoom out, zoom in, medium close up, mid shot dan two shot. Sebanyak empat buah video telah dihasilkan pada hari tersebut.