Tarikh : 22 Ogos 2019 Tempat : Pusat Internet Felda Medoi Masa : 10:00 Pagi – 12:00 Tengahari Peserta : Usahawan Setempat |
Tujuan
Matlamatnya untuk memupuk semangat kesukanan dalam kalangan komuniti. Ini juga menambah nilai semangat kerjasama di antara peserta.Selain itu turut mengalakkan semangat bantu membantu di antara peserta dan bertanding secara sihat.
Aktiviti
Para peserta di minta untuk mengupas bawang paling terpantas. Hadiah diberikan sehingga ke tempat ke lima.
Tarikh : 22 Ogos 2019 Tempat : Pusat Internet Felda Medoi Masa : 10:00 Pagi – 12:00 Tengahari Peserta : Usahawan Setempat |
Tujuan
Matlamatnya untuk memupuk semangat kesukanan dalam kalangan komuniti. Ini juga menambah nilai semangat kerjasama di antara peserta.Selain itu turut mengalakkan semangat bantu membantu di antara peserta dan bertanding secara sihat.
Aktiviti
Peserta di minta untuk menjatuhkan sekeping biskut di atas dahi diantara kedua mata sehingga ke dalam mulut. Peserta diberi markah mengikut yang terawal.
Tarikh : 22 Ogos 2019 Tempat : Pusat Internet Felda Medoi Masa : 9:00 Pagi – 11:00 Pagi Peserta : Wanita |
Tujuan
Menggalakkan menu sihat dari rumah lagi dan menggalakkan ukhwah di antara peserta wanita.
Aktiviti
Peserta diminta untuk memasak menu sihat berasaskan ayam. Peserta diminta untuk menyediakan masakan tersebut di rumah dan membawa menu sudah siap ke Pusat Internet dan di adili oleh juri bertauliah.
Tarikh : 22 Ogos 2019 Tempat : Pusat Internet Felda Medoi Masa : 10:00 Pagi – 12:00 Tengahari Peserta : Usahawan Setempat |
Tujuan
Menggalakkan gaya hidup sihat dengan bersenam. Permainan ini juga memperkenalkan beberapa jenis senaman yang membantu ke aras size badan lebih ideal kepada peserta.
Aktiviti
Peserta diminta melakukan senaman yang diletakkan di dalam kotak bingo. Pelbagai jenis senaman diperkenalkan di dalam permainan ini termasuk lompat bintang, squad dan sebagainya. Senaman-senaman ini sebenarnya membantu untuk mereka yang ingin mendapatkan size badan yang sihat. Senaman ini perlu dilakukan mengikut nombor yang diminta.
Tarikh : 22 Ogos 2019 Tempat : Pusat Internet Felda Medoi Masa : 8:30 Pagi – 10:30 Pagi Peserta : Usahawan Setempat |
Tujuan
Memberi pendedahan dan maklumat tambahan kepada usahawan setempat berkenaan keusahawanan yang meliputi penggunaan media digital dan platform media sosial agar usahawan ini tidak ketinggalan dalam revolusi industri ke empat (Industri 4.0).
Aktiviti
Usahawan-usahawan ini diberikan sedikit input menggunakan platform media sosial dan media digital bagi menggalakkan lagi graf jualan mereka untuk masa akan datang. Mereka didedahkan dengan kebaikan menggunakan media sosial dalam perniagaan mereka.