Tarikh : 28 Ogos 2020 Tempat : PI Felda Medoi Masa : 9 Pagi – 2 Tengahari Peserta : Usahawan |
Tujuan
Melahirkan generasi yang kreatif.
Memberi pendedahan tentang kemudahan menghasilkan poster secara atas talian.
Mengeratkan silaturrahim di antara para peserta.
Aktiviti
Seramai 10 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah telah hadir untuk mendalami ilmu menggunakan website Canva untuk menghasilkan sebuah poster.
Sebelum memulakan kelas poster, para peserta terlebih dahulu telah diminta untuk mendaftar emel menggunakan akaun gmail. Hal ini demikian kerana emel tersebut akan digunakan untuk mendaftar akaun canva dan menghantar emel kepada pihak penganjur. Rata-rata daripada peserta tidak mempunyai emel sendiri oleh itu petugas telah membantu mereka untuk mencipta akaun emel masing-masing. Seterusnya, petugas memulakan kelas dengan memperkenalkan canva dan bagaimana canva berfungsi. Para peserta telah diajar satu persatu cara untuk menggunakan canva yang dapat membantu mereka menghasilkan sebuah poster yang cantik.
Kelas ini diadakan berikutan dengan sebuah pertandingan yang dianjurkan iaitu Pertandingan Poster yang bertemakan Pusat Internet Pemangkin Komuniti Digital.