Tarikh : 23 Oktober 2020 Tempat : PI Felda Medoi Masa : 3.30 Petang – 5.30 Petang Peserta : Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
Mewujudkan akaun tiktok untuk para pelajar
Mewujudkan budaya berfikir secara kreatif dan inovatif menggunakan aplikasi atas talian
Memberi pendedahan bahawa tiktok ini mempunyai pelbagai kebaikan jika digunakan dengan betul, pelbagai jenis konten video terdapat dalam aplikasi ini.
Menguasai kemahiran mengedit video untuk di muat naik di tiktok.
Aktiviti
Aktiviti ini dimulakan dengan ‘brainstorm’ di mana para peserta dikehendaki untuk mengeluarkan idea tentang konten video bagaimana yang ingin dihasilkan. Konten idea ini terbahagi kepada, video lakonan, video tarian atau pun video transisi. Kesemua peserta telah memberikan kerjasama dengan baik dan mengeluarkan idea yang sangat bernas.
Pengambaran video dimulakan dengan video lakonan, video contoh telah diambil dari tiktok itu sendiri. Seterusnya, para pelajar ini bersetuju untuk melakukan video tarian sebanyak dua buah video. Setelah pengambaran ini habis, satu akaun khas tiktok buat mereka telah di wujudkan dengan nama pengguna *littleboys*.