Tarikh : 23 Oktober 2020 Tempat : PI Felda Medoi Masa : 3.30 Petang – 5.30 Petang Peserta : Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
Menggalakkan pembelajaran secara atas talian
Mewujudkan budaya berfikir secara kreatif dan inovatif menggunakan aplikasi atas talian
Menekankan kepada peserta bahawa terdapat pelabagi jenis website untuk menghasilkan sebuah logo.
Menguasai kemahiran mengedit logo secara manual dan belajar menyusun atur elemen di dalam sebuah logo.
Aktiviti
Kelas ini dijalankan secara atas talian menggunakan Google Meet, kelas dijalankan bersama dua peserta yang terdiri daripada pelajar tingkatan tiga dan lepasan sekolah. Kelas ini memang tertumpu kepada penghasilan sebuah ‘logo gaming’ sahaja.
Kelas telah dijalankan smenejak 28 Febuari 2021, setiap hari Isnin. Kelas pertama dimulakan dengan pengenalan ‘surface’ atau permukaan canva.com. Petugas mengajarkan dimana letaknya elemen di mana cara untuk menambah teks dan juga cara untuk memuat naik gambar lur dari fail komputer.
Seterusnya, petugas juga mengajar peserta bagaimana untuk membuang latar belakang bagi imej yang mempunyai latar bagi. Petugas telah menggunakan website remove background untuk membuang latar belakang sesebuah gambar. Petugas juga mengamalkan konsep logo jenis apa yang ingin dibelajar peserta bagi setiap minggu.