Tarikh : 21 Ogos 2019 Tempat : Pusat Internet Felda Medoi Masa : 3:30 Petang – 5:30 Petang Peserta : Pelajar Sekolah Menengah |
Tujuan
Menggalakkan para pelajar sekolah menengah untuk sayang dan tahu akan fungsi sebenar pusat internet ini.
Aktiviti
Pelajar-pelajar sekolah menengah diarahkan untuk menulis sebuah artikel yang bertajuk ‘Pusat Internet di Hatiku’. Hadiah turut di berikan dari tempat pertama sehingga ketiga.
Tarikh : 21 Ogos 2019 Tempat : Pusat Internet Felda Medoi Masa : 3:00 Petang – 5:00 Petang Peserta : Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
Memberi pendedahan bagaimana untuk menghasilkan makanan sihat dengan langkah yang mudah dan jimat masa.
Aktiviti
Pelajar-pelajar sekolah rendah mengambil bahagian melakukan aktiviti ‘Demo Menu Sihat: Nestum Bite’ . Bahan-bahan disediakan oleh petugas, antara bahan yang digunakan adalah nestum, koko, susu, madu dan cip cokelat. Pelajar ditayangkan demo dan seterusnya dibernakan secara praktikal untuk menghasilkan nestum bite.
|
Tujuan :
Membuka booth bagi saringan kesihatan bagi pengunjung yang hadir pada hari tersebut.
Aktiviti :
Menyediakan pemeriksaan kesihatan seperti bacaan gula dalam darah, tekanan darah serta bmi kepada para pengunjung yang hadir ke booth kami.
Tarikh : 21 Ogos 2019 Tempat : Pusat Internet Felda Medoi Masa : 9:00 Pagi – 11:00 Pagi Peserta : Pelajar Sekolah Tadika |
Tujuan
Pertandingan mewarna ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mereka sejak sekolah tadika lagi untuk menyerlahkan bakat masing-masing di samping memupuk gaya permakanan sihat sejak kecil lagi.
Aktiviti
Pelajar-pelajar sekolah tadika ini menyertai pertandingan mewarna dan diberikan hadiah dari tempat pertama sehingga tempat ketiga. Poster yang harus diwarnakan adalah bertema gaya permakanan sihat.
Tarikh : 15 Julai 2019 Tempat : Pusat Internet Felda Medoi Masa : 10:00 AM – 12:00 PM Peserta : Pelajar Sekolah Rendah dan Menengah |
Tujuan
Memberi pendedahan secara praktikal kepada anak-anak PAGN melalui medium YouTube tentang hidupan laut serta menghasilkan hidupan laut dan akuarium secara 3D menggunakan bahan-bahan yang disediakan.
Aktiviti
Diadakan di Pusat Anak Genius Negara, Sekijang, Segamat. Aktiviti ini dilaksanakan dengan memaparkan tutorial dari youtube dan seterusnya dilakukan secara ‘hands-on’. Para pelajar ini diperkenalkan dengan haiwan hidupan laut dan seterusnya mencipta akuarium daripada kotak sendiri dan dihiasi dengan hidupan laut dari ketas warna.