Tarikh    :  11 Januari 2021

Tempat  : Felda Medoi

Masa     : 8 Pagi – 1 Tengahari

Peserta  : Komuniti Felda Medoi

 

Tujuan

Menggalakkan ahli-ahli blok menjadi lebih kreatif

Menggalakkan semangat bekerjasama antara ahli blok.

Menekankan semangat bergotong royong dalam pasukan

Membangunkan sifat usahawan dalam kalangan ketua blok

 

 

Aktiviti

Petugas telah djemput untuk bekerjasama bersama Pejabat Felda untuk menjadi juri pertandingan papan tanda blok dan rumah-rumah ketua blok. Pada hari kejadian penolong pengurusdan SDA Felda telah pergi dari blok ke blok sebanyak 15 blok untuk membuat saringan awal bagi menentukan peserta ketua blok dan papan tanda blok yang layak ke pusingan akhir.

Antara syarat pertandingan bagi papan tanda yang penting adalah, peta blok, hiasan barang terpakai dan tanaman bunga. Manakalah bagi rumah rumah ketua blok, antara syarat terpenting ialah laman dapur, laman bunga, ketua blok mempunyai jualan tidak kira organic seperti jualan tanahm baja dan sebagainya mahupun jualan kedai runcit juga diambil kira. Antara lain adalah ekadaan longkang dan tong sampah haruslah disediakan.

Bermula dari lawatan Blok 5 sehingga ke Blok 2 dapat dirumuskan bahawa komunti sete,pat mempunyai idea yang sangat kreatif untuk menambah baik dan mencantikkan lagi kawasan papan tanda blok mereka. Malahan rumah ketua-ketua blok juga dilihat begitu indah sehinggakan kami sukar untuk menentukan siapakah yang layak ke pusingan seterusnya. Dimana pusingan akhir ini, papan tanda dan rumah ketua blok akan diadili oleh pegawai-pegawai dari Pejabat Wilayah

 

 

-Gambar di sini-