Tarikh    : 9 Januari 2020

Tempat  : PI Felda Medoi

Masa     : 9 Pagi – 2 Tengahari

Peserta  : Penghulu dan Ketua Kampung Mukim Sungai Segamat

 

 

Tujuan

Susun atur klip video yang ingin dimasukkan.

Membina skrip bersama-sama mengikut tema video.

Menghasilkan video korporat untuk penghulu Majlis Perbandaran Segamat.

 

 

Aktiviti

Aktiviti penyuntingan video korporat bersama-sama ketua kampung dari mukim Sungai Segamat seramai tujuh orang dan diketuai oleh penghulu dari Majlis Perbandaran Segamat. Video ini berkisarkan latar belakang kampung, isu kampung dan kejayaan kampung yang berjaya dicapai. Video ini juga menceritakan tentang masa depan kampung, apa yang ingin dicapai kampung. Ketua-ketua kampung juga menjelaskan bagaimana melalui isu yang timbul dapat diselesaikan menggunakan langkah yang ingin diambil.

Petugas pusat internet membantu penghulu dan ketua-ketua kampung menambah baik skrip sedia ada agar isi dapat disampaikan dengan lebih baik. Petugas juga menasihati bagaimana dan jenis klip video sesuai untuk dimasukkan ke dalam video agar video yng terhasil kelihatan menarik untuk ditonton

 

 

-Gambar di sini-