Tarikh    :  6 November 2019

Tempat  : Masjid Felda Medoi

Masa     : 9 Pagi – 1 Tengahari

Peserta  : Wanita

 

Tujuan

Mendedahkan kepada kaum wanita tentang kepentingan mengetahui cara pengurusan jenazah.

Memenuhi tuntutan fardu khifayah dalam menjalani kehidupan seharian

Membiasakan golongan wanita dengan aktiviti bersifat fizikal supaya lebih memahami cara menguruskan jenazah yang tepat.

 

 

Aktiviti

GPW Felda Medoi telah menganjurkan satu program kursus pengurusan jenazah yang bertempat di masjid Felda Medoi. Progra, ini bermula seawall 9:00 pagi dan tamat pada 1:00 tengahari. Program ini disertai oleh ahli GPW dan penduduk wanita Felda Medoi.

Program yang dimulakan dengan sesi ceramah berkaitan cara pengurusan jenazah. Seterusnya para peserta kursus melihat dan mempelajari cara mandian jenazah dengan cara yang betul serta sesi mengkafankan mayat yang turut dibantu oleh kakitangan.

Program yang berakhir pada jam 1:00 tengahari itu telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari semua peserta program. Diharap program sebegini akan dapat diadakan lagi pada masa akan datang dalam memberi pengetahuan kepada para peserta berkaitan hukum-hukum dan amalan fardhu kifayah dalam kehidupan seharian selain ia dapat mengeratkan hubungan diantara kaum wanita di Felda Medoi.

 

 

-Gambar di sini-