Program yang diadakan pada 9 September 2017 ini bertempat di Pusat Internet 1Malaysia(PI1M) Felda Medoi, bertujuan untuk mempromosikan produk PI1M yang terbaru iaitu Dashboard Komuniti. Aplikasi ini sangat berguna kepada masyarakat komuniti di sini terutamanya kepada usahawan IKS. Di mana aplikasi ini dapat membantu usahawan IKS mempromosikan produk mereka kepada masyarakat melalui aplikasi dashboard. 2

Gambar bersama peserta.

Peserta juga diberi tunjuk ajar untuk menggunakan aplikasi dashboard ini menggunakan telefon pintar. Kemudahan dalam menggunakan aplikasi ini telah menarik minat usahawan IKS dalam memanfaatkan aplikasi ini. Selain itu, Masyarakat setempat juga diperkenalkan dengan myhealth. Di mana kami menggunakan peralatan teknologi untuk memeriksa tekanan darah secara percuma. E-Waste juga turut dibicarakan dalam program ini, untuk memberi kesedaran kepada pengguna mengenai kesan dan akibat dari pembuangan barang2 elektrik secara tidak betul.

Untuk Maklumat penuh (Klik sini).

UNtuk laporan bergambar (Klik sini).

Sempena menyambut 31 Ogos 2017, Kelab Rukun Tetangga(KRT) Felda Medoi telah mengadakan satu aktiviti untuk masyarakat setempat sempena dengan Hari merdeka. Aktiviti yang berlangsung pada 25 Ogos 2017 bertempat di padang SK LKTP Medoi ini telah mendapat sambutan yang amat baik dari masyarakat setempat. Sebanyak 15 Kumpulan termasuk anggota Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) turut terlibat dalam program ini.

5

Ahli Kumpulan PI1M

Disamping bersukan dan menjaga kesihatan, aktiviti ini juga turut memberi peluang kepada kami untuk merapatkan silaturahim bersama dengan komuniti. Aktiviti masyarakat ini disudahi dengan penyampaian hadiah kepada pasukan yang bertanding.

Untuk laporan penuh (Klik sini)

Untuk laporan bergambar (Klik sini)

Program hari dashboard komuniti 2017 yang berlangsung pada 15 julai, bertempat di Pusat Internet 1Malaysia Felda Medoi. Program ini banyak membantu usahawan2 IKS dalam mempromosikan produk mereka dengan bantuan produk terbaru dari pihak kami yaitu aplikasi Dashboard Komuniti(DK). Program ini mendapat sambutan yang amat baik dikalangan usahawan IKS. Dengan adanya fungsi baru seperti My Health dan My Shop, proses pengenalan DK berjalan dengan lancar.

 

2

Gambar bersama ahli IKS.

 

Selain ilmu yang diperolehi, program ini juga dapat mengeratkan silaturahim bersama dengan masyarakat tempatan. Komuniti  juga boleh mendapatkan khidmat periksa kesihatan secara percuma dengan menggunakan aplikasi DK ini.

Untuk laporan penuh, klik sini (laporan aktiviti).

Untuk laporan bergambar, klik sini (Galeri foto)

Aktiviti Kembara Merdeka yang berlangsung pada 22 Ogos 2017 ini mendapat sambuatan yang meriah dari komuniti setempat. Aktiviti ini bertujuan untuk mengibarkan jalur gemilang sekitar daerah kawasan Segamat bersama-sama pelajar, guru serta komuniti. Dengan kehadiran Tuan Ibrahim (Pengurus felda) serta guru-guru sekolah kebangsaan LKTP Medoi turut sama menghadiri program ini. Pendaftaran telah dibuat di SK LKTP Medoi. 

5

Antara Komuniti yang hadir pada hari aktiviti berlangsung

 

Aktiviti dimulai dengan kembara menaiki kereta dan mengibarkan jalur gemilang sambil di iringi oleh kereta polis. Selepas itu, Komuniti akan berhenti di balai polis dan balai bomba bagi meneruskan acara menaikkan jalur gemilang dan menyanyi kan lagu kebangsaan sempena hari merdeka. Aktiviti komuniti ini sangat bermanfaat bagi komuniti. Di samping menanamkan sifat patriotik dalam diri komuniti, aktiviti ini juga dapat mengeratkan silaturahim sesama komuniti.

Untuk laporan penuh (Klik sini

Untuk laporan bergambar (Klik sini)

Program yang berlangsung pada 25 jun 2017 ini mendapat sambutan yang memberangsangkan dari pelajar-pelajar UITM. Progam ini bertujuan untuk membantu para pelajar dalam memahami dan meningkatkan kemahiran seni edit video ini. Dengan menggunakan aplikasi Filmora, proses pembelajaran dapat berjalan dengan lancar. Ini kerana, aplikasi Filmora ini sangat mudah digunakan dan difahami.

 

Latihan secara berkumpulan juga turut disediakan untuk membantu para pelajar membina sebuah video yang kreatif melalui kerja berkumpulan. Selepas selesai bengkel pembelajaran, program diakhiri dengan jamuan makan. Sekian.

 

Sub-kategori