Program yang berlangsung pada 25 jun 2017 ini mendapat sambutan yang memberangsangkan dari pelajar-pelajar UITM. Progam ini bertujuan untuk membantu para pelajar dalam memahami dan meningkatkan kemahiran seni edit video ini. Dengan menggunakan aplikasi Filmora, proses pembelajaran dapat berjalan dengan lancar. Ini kerana, aplikasi Filmora ini sangat mudah digunakan dan difahami.
Latihan secara berkumpulan juga turut disediakan untuk membantu para pelajar membina sebuah video yang kreatif melalui kerja berkumpulan. Selepas selesai bengkel pembelajaran, program diakhiri dengan jamuan makan. Sekian.