Program yang diadakan pada 9 September 2017 ini bertempat di Pusat Internet 1Malaysia(PI1M) Felda Medoi, bertujuan untuk mempromosikan produk PI1M yang terbaru iaitu Dashboard Komuniti. Aplikasi ini sangat berguna kepada masyarakat komuniti di sini terutamanya kepada usahawan IKS. Di mana aplikasi ini dapat membantu usahawan IKS mempromosikan produk mereka kepada masyarakat melalui aplikasi dashboard.
Gambar bersama peserta.
Peserta juga diberi tunjuk ajar untuk menggunakan aplikasi dashboard ini menggunakan telefon pintar. Kemudahan dalam menggunakan aplikasi ini telah menarik minat usahawan IKS dalam memanfaatkan aplikasi ini. Selain itu, Masyarakat setempat juga diperkenalkan dengan myhealth. Di mana kami menggunakan peralatan teknologi untuk memeriksa tekanan darah secara percuma. E-Waste juga turut dibicarakan dalam program ini, untuk memberi kesedaran kepada pengguna mengenai kesan dan akibat dari pembuangan barang2 elektrik secara tidak betul.
Untuk Maklumat penuh (Klik sini).
UNtuk laporan bergambar (Klik sini).