Tarikh : 16 Februari 2018 Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari Tempat : Pusat Internet 1Malaysia(PI1M) Felda Medoi Peserta : 1 orang |
Tujuan
Pelajar bernama Siti Zaubidah Binti Supandi berumur 37 tahun ingin mengetahui tentang cara membuat data kewangan menggunakan aplikasi microsoft Word. Ini kerana untuk menambah ilmu dan juga menambah kemahiran beliau dalam menggunakan aplikasi microsoft Word. Dengan ilmu ini, memudah kan lagi bagi CIk Zaubidah dalam melakukan kerjanya.
Aktiviti
Aktiviti yang berlangsung selama 2 jam ini telah mengembangkan lagi kemahiran Cik Zaubidah dalam menggunakan komputer. Banyak manfaat yang diperolehi oleh Cik Zubaidah dalam mempelajari ilmu microsoft Word ini. Aktiviti ini berakhir dengan ucapan terima kasih dari Cik Zaubidah. Diharap pembelajaran ini dapat membantu beliau di masa akan datang. Sekian
Tarikh : 27 Januari 2018 Masa : 10.00 pagi - 12.00 petang Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Felda Medoi Peserta : 6 orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk mengajar peserta dalam menggunakan word dan cara pembuatan graf dalam word. Kami mengambil kesempatan semasa peserta sedang cuti sekolah untuk lagi memudahkan sesi pembelajaran. Kebanyakan peserta menunjukkan pemahaman yang bagus dalam penggunaan word dan juga kecekapan dalam pembelajaran sangat memberangsangkan. Semoga ilmu yang diberi dapat dimanfaatkan bersama.
Aktiviti
Para pelajar diajar berkenaan word dan cara penggunaannya untuk memudah kan mereka membuat kerja sekolah pada masa akan datang. Peserta yang menghadiri program ini meminta supaya kami mengajar mereka macam mana hendak membuat nota ringkas dengan menggunakan sistem hierarchy. Permintaan ini juga untuk memberi kemudahan untuk mereka mengulangkaji pembelajaran melalui sistem e-pembelajaran. Aktiviti ini berakhir dengan ucapan terima kasih dari para peserta. Sekian
Program e-waste berlangsung setiap hari di mana pengunjung boleh membuang barang2 elektronik lama yang tidak pakai kepada kami. barang2 berupa henfon, komputer riba, wayar usb, tetikus, papan kekunci dan bateri yang tidak lagi dipakai atau sudah rosak boleh diletak dekat tabung e-waste yang tersedia di Pusat Internet 1Malaysia Felda Medoi.
Tarikh : 20 januari 2018 Masa : 11.00 pagi - 5.00 petang Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Felda Medoi(PI1M) Peserta : 34 Orang |
Tujuan
Program E-Sport yang dianjurkan oleh persatuan belia Felda Medoi dengan kerjasama PI1M Felda Medoi bertujuan untuk mengajak belia-belia setempat untuk meluangkan masa dengan bersama-sama melakukan aktiviti yang bermanfaat. Di samping itu, program ini juga bertujuan untuk menarik belia untuk menjadi ahli di PI1M dengan menunjukan kepada mereka fungsi PI1M di Felda Medoi. Dengan kehadiran yang berhormat Tuan Haji Anuar Manap bersama dengan petugas-petugas di pejabat Felda, memeriahkan lagi suasana aktiviti di sini.
Aktiviti
Program ini bermula selepas habis menyemak pendaftaran peserta E-Sport. Setelah selesai, program di mulai dengan taklimat awal oleh petugas PI1M. Promosi DK dan aplikasi DK juga turut diperkenal kan kepada belia untuk menarik tumpuan mereka kepada PI1M Felda Medoi. Selesai taklimat, Program E-Sport dimulakan. Sepanjang Program E-Sport dijalankan, Peserta belia boleh mendaftar ahli dan juga memasang aplikasi DK di telefon bimbit masing-masing. Penyampaian hadiah pada akhir program disampaikan sendiri oleh yang berhormat Tuan Haji Anuar Manap. Program ini berakhir dengan sepatah dua kata dari YB Tuan Haji Anuar Manap.
Penutup
Program ini secara tidak langsung dapat merapatkan lagi hubungan PI1M Felda Medoi bersama golongan belia dan juga memperkenalkan PI1M Felda Medoi ini kepada YB Haji Anuar Manap. Dengan harapan semoga aktiviti seterusnya dapat golongan belia Felda Medoi melibatkan diri bersama-sama kami. Sekian
Program yang diadakan pada 28 Disember 2017 bertempat di Sekolah Rendah LKTP Felda Medoi. Program yang dihadiri oleh penduduk setempat dan juga tetamu jemputan istimewa YB HJ Abdul Anuar Manap. Dengan ucapan dan kata2 semangat yang diberi oleh YB dapat menaikkan lagi semangat pelajar sebelum menaiki musim persekolahan.
Hadiah berupa beg sekolah juga turut diberi kepada para pelajar yang bakal menaiki sekolah. Hadiah ini bertujuan untuk memupuk semangat kepada para peserta dalam mengahadapi musim persekolahan yang akan datang.