Program E-Pembelajaran melalui aplikasi Kahoot yang berlangsung pada 23 Disember 2017 ini bertujuan untuk memberi sedikit pelajaran kepada peserta. Program ini juga bertujuan untuk memberi sedikit persediaan kepada peserta sebelum naik persekolahan. Aplikasi Kahoot ini mngandungi soalan sejarah, matematik dan juga pengetahuan am.
Peserta seramai 8 orang ini, sangat gembira dengan permainan dalam pembelajaran yang diadakan oleh kami. Peserta juga diberi hadiah saguhati dan juga hadiah kepada pemenang yang menjuarai pertandingan.
Program Dashboard Komuniti bertemakan MySoal diadakan pada 15 Disember 2017 bertempat di Pusat Internet 1Malaysia(PI1M) Felda Medoi bertujuan untuk menanyakan soalan mengenai komuniti di Felda Medoi. Kebanyakan soalan adalah mengenai populariti masyarakat Felda Medoi dan juga masalah2 setempat.
Peserta juga tidak pulang dengan tangan kosong. Hadiah saguhati diberi sebagai tanda penghargaan dalam memberi kerjasama sepanjang program ini berlangsung.
TARIKH: 22 NOVEMBER 2017 MASA: 10.00-12.00 AM TEMPAT: PI1M FELDA MEDOI PESERTA: 7 ORANG (SEKOLAH RENDAH) |
Latihan membuat akaun google ini dibuat atas permintaan dari ibu bapa dan juga pelajar sendiri. Pelajar latihan mencipta akaun google sendiri ini terdiri dari pelajar sekolah rendah. Latihan ini juga dapat membantu pelajar dalam membuat akaun facebook sendiri. Sempena cuti sekolah yang akan datang, lebih banyak lagi kelas akan diadakan bagi membantu pelajar-pelajar menimba ilmu lebih banyak lagi dalam bidang perkomputeran. Sekaligus dapat membina skill2 dalam diri pelajar.
Untuk maklumat penuh (Klik sini)
Untuk maklumat bergambar (Klik sini)
Program cuti sekolah yang diadakan pada 8 Disember 2017 bertempat di Pusat Internet 1Malaysia(PI1M) Felda Medoi ini bertujuan untuk menarik budak-budak sekolah untuk menghabiskan waktu di PI1M Felda Medoi dan mengelakkan dari peserta meluangkan masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah.
Di samping itu, aktiviti ini juga dapat memberi faedah kepada peserta. Ini adalah salah satu insiatif kami untuk membantu peserta dalam memenuhi jadual cuti sekolah mereka.
TARIKH : 21 OKTOBER 2017. MASA : 10.00 - 12.00 A.M. TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA FELDA MEDOI. PESERTA : 10 ORANG. |
Tujuan aktiviti ini adalah untuk memberi sedikit ilmu kepada generasi muda dalam penyuntingan imej menggunakan aplikasi canva.com. Peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dengan pelajar sekolah menengah. Peserta dapat belajar cara untuk mendaftar aplikasi baru, penggunaan email dan juga penggunaan aplikasi.
Selain itu, kami juga turut mempromosikan aplikasi kami yang terbaru, yaitu dashboard komuniti.
Untuk melihat gambar keseluruhan aktiviti (Klik sini).
Untuk melihat laporan penuh (Klik sini).