Tarikh    : 30 Ogos 2018

Tempat  : Padang Sekolah rendah LKTP Felda Medoi

Masa     : 2.00 pm - 6.00 pm

Peserta  : 75 Orang

 

Tujuan

Program ini diadakan sempena menyambut kemerdekaan dan memeriahkan lagi hari kemerdekaan. Selain itu, aktiviti ini juga dapat memupuk muafakat antara komuniti dan Pusat Internet Felde Medoi. Program ini juga menarik golongan belia untuk melakukan aktiviti dan secara tidak langsung mengeratkan silaturahim antara golongan muda dan tua.

Aktiviti

Pada waktu petang, aktiviti liga penalti berjalan dengan acara pendaftaran, pembacaan doa, dan pembuka majlis. Pembahagian kumpulan antara kumpulan belia, wanita dan warga emas dibuat sebelum pertandingan dimulakan. Sistem pemenang dikira melalui pengiraan mata. Penyampaian hadiah pula dilakukan pada pukul 12 tengah malam sebelum menyambut hari kemerdekaan. Aktiviti persembahan nyanyian dan tarian dilakukan untuk mengisi waktu-waktu sebelum ambang kemerdekaan.

 

Gambar


 

Tarikh    : 26 Julai 2018

Tempat  : Pusat Internet Taman Yayasan

Masa     : 9.00 a.m - 12.00 a.m

Peserta  : 17 Orang

 

Tujuan

Memberi latihan asas mengenai e-rezeki dan juga latihan asas dalam menggunakan platform E-rezeki untuk menambah pendapatan kepada pelajar GIATMARA. Selain itu, pelajar juga diber keterangan mengenai aplikasi DK dan Kuiz Dashboard.

Aktiviti

Program dimulakan dengan pendaftaran peserta. Selepas itu, para petugas memberi sedikit penerangan mengenai pusat internet.Program diteruskan dengan latihan asas E-Rezeki, penerangan Dashboard dan cara untuk download aplikasi DK.Program ditamatkan dengan acara mengambil gambar dan bersurai.

Gambar Aktiviti


 

hfmd poster

 

Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak di premis tempat tumpuan mereka seperti taska dan tadika. Bilangan kes HFMD dijangka akan terus meningkat kerana kesedaran dan keprihatinan ibu bapa membawa anak yang mengalami gejala HFMD berjumpa pengamal perubatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan. Ini menyebabkan peningkatan kes kerana HFMD adalah penyakit yang perlu dinotifikasikan kepada pihak kesihatan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Bagi tahun 2018, sehingga hari ini tiada kematian disebabkan HFMD atau enterovirus 71 (EV71) dilaporkan di Malaysia. 
 

Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk:

  1. tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan;
  2. bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD.
  3. sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh;
  4. membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran kloroks;
  5. memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul; dan
  6. membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas.

 

Pertandingan video pendek

Untuk makluman, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya (OKU) 
telah bekerjasama untuk menganjurkan Pertandingan Video Pendek “Amalkan Cara Hidup Sihat Dalam Kalangan OKU Peringkat Kebangsaan 2018” 
bertemakan Jom Amalkan Cara Hidup Sihat!
 
Turut dilampirkan poster pertandingan untuk rujukan dan maklumat lanjut berkaitan pertandingan ini boleh didapati seperti 
pautan berikut: infosihat
 
 

Tarikh    : Jun 2018

Tempat  : Pusat Internet 1Malaysia Felda Medoi

Masa     : 10.00 a.m - 12.00 a.m

Peserta  : 17 Orang

 

Tujuan

Memperluaskan ilmu pekerjaan digital kepada seluruh komuniti setempat. Selepas program E-rezeki yang pertama, masyarakat setempat mula tertarik dengan program ini. Peserta datang secara walk-in ke PI1M Felda Medoi. 

Aktiviti

Pendaftaran E-mail bagi peserta yang belum mempunyai E-mail. Pendaftaran E-Rezeki selepas E-mail siap dibuat. Memasukkan butiran diri untuk proses mengklasifikasikan pekerjaan digital mengikut kemahiran dan pengalaman.

Gambar Di Sini


Sub-kategori