Tarikh : 18 May 2018 Tempat : Pusat Internet 1Malaysia Felda Medoi Masa : 10.00 a.m - 12.00 a.m Peserta : 3 Orang |
Tujuan
Memperluaskan ilmu pekerjaan digital kepada seluruh komuniti setempat. Selepas program E-rezeki yang pertama, masyarakat setempat mula tertarik dengan program ini. Peserta datang secara walk-in ke PI1M Felda Medoi.
Aktiviti
Pendaftaran E-mail bagi peserta yang belum mempunyai E-mail. Pendaftaran E-Rezeki selepas E-mail siap dibuat. Memasukkan butiran diri untuk proses mengklasifikasikan pekerjaan digital mengikut kemahiran dan pengalaman.
Tarikh : 6 May 2018 Tempat : Pusat Internet 1Malaysia Felda Medoi Masa : 10.00 a.m - 12.00 a.m Peserta : 10 Orang |
Tujuan
Mengajar lebih ramai komuniti mengenai E-Rezeki dan juga membanyakkan lagi pekerja-pekerja digital. Memperkenalkan satu sistem terbaru bawah MDEC yaitu E-Rezeki. Di mana komuniti boleh menjana pendapatan melalui pekerjaan digital.
Aktiviti
Membuat akaun Gmail bagi warga emas yang masih tidak mempunyai email. Pendaftaran E-rezeki selepas email telah dibuat. Mengisi butir diri dan memilih kategori pekerjaan yang sesuai dengan pengalaman.
Tarikh : 16 April 2018 Tempat : Pusat Internet 1Malaysia Felda Medoi Masa : 10.00 a.m - 11.00 a.m Peserta : 1 Orang |
Tujuan
Kelas ini dibuat dengan permintaan dari komuniti. Dimana komuniti ini masih tidak memahami dengan pendaftaran pelajar baru melalui talian internet. Kami dengan hati yang terbuka mengajak komuniti yang masih tidak mengetahui cara-cara pendaftarannya, boleh datang ke Pusat Internet berdekatan.
Aktiviti
Bermula dengan cara mendaftar nama ibu bapa, serta anak. Memasukkan butir-butir diri anak ke dalam sistem untuk direkod.
Tarikh : 12 May 2018 Tempat : PI1M Felda Medoi Masa : 10.00 a.m - 12.00 p.m Peserta : 10 orang |
Tujuan
Kelas Kahoot yang diadakan ini adalah bertujuan untuk menguatkan lagi daya ingatan peserta terhadap mata pelajaran yang dipelajari dengan cara menjawab soalan diberi. Kelas ini juga bertujuan untuk membantu pelajar darjah enam untuk membuat sedikit ulangkaji pelajaran darjah enam.
Aktiviti
Peserta akan memilih mata pelajaran mana yang mereka ingin ulangkaji. Selepas itu soalan kuiz akan dimulakan. Setiap peserta yang salah akan dibetulkan dengan diberi ajaran macam mana jawapan tersebut terhasil.
Tarikh : 13 April 2018 Tempat : PI1M Felda Medoi Masa : 10.00 a.m - 12.00 p.m Peserta : 10 orang |
Tujuan
Mempromosikan Dashboard Komuniti dengan menerangkan aktiviti-aktiviti yang sedang berjalan sekarang seperti kuiz Dashboard Komuniti. Memperkenalkan fungsi-fungsi yang ada di dalam dashboard komuniti dan juga mengajar pengguna cara-cara untuk log masuk ke dalam Dashboard Komuniti.
Aktiviti
Mengajar pelajar tentang cara untuk log masuk dalam dashboard serta mengajar tentang fungsi-fungsi yang ada di dalam dashboard seperti Myshop, Mysoal dan lain-lain. Menerangkan pertandingan yang sedang berjalan sekarang, cara-cara untuk menyertai pertandingan dan juga hadiah-hadiah menarik yang di tawarkan.