Tarikh : 27 Oktober 2018 Tempat : Dewan Terbuka Felda Pemanis 2 Masa : 9.00 a.m - 12.30 p.m Peserta : 50 orang |
Tujuan :
Program ini bertujuan memperkenalkan kepada komuniti setempat berkaitan aplikasi My Health Dashboard Komuniti.
Aktiviti :
Peserta berpeluang membuat pemeriksaan kesihatan secara percuma bersama Pusat Internet Felda Pemanis 2. Komuniti berpeluang membuat pemeriksaan tekanan darah & kandungan gula dalam darah.
Pelaksanaan utama adalah dengan memperkenalkan aplikasi Dashboard Komuniti dibawah selian Pusat Internet seluruh Malaysia.
Tarikh : 24 Oktober 2018 Tempat : Pusat Internet Felda Medoi Masa : 3.00 pm - 5.30 pm Peserta : Pelajar Sekolah Menengah |
Tujuan
Program Klik Dan Bijak Sek Men Seri Kenangan ini dianjurkan oleh guru Sek Men Seri Kenangan bersama Pusat Internet. Program ini bertujuan untuk memberi penerangan mengenai Klik dan Bijak, Dashboard dan juga fungsi-fungsi Pusat Internet bagi komuniti.
Aktiviti
Program ini disambut meriah oleh pelajar Sekolah, Ini kerana kami telah menyediakan aktiviti-aktiviti menarik untuk pelajar-pelajar sekolah ini. Program bermula dengan pendaftaran peserta. Selepas itu, program diteruskan dengan bacaan doa dan penerangan mengenai Klik Dan Bijak serta fungsi-fungsi yang ada pada aplikasi Dashboard Komuniti. Penerangan dan juga slaid persembahan yang baik telah menyenangkan lagi para peserta untuk lebih memahami isi yang hendak kami sampaikan. Untuk menguji pemahaman peserta, aktiviti Kahoot telah dibuat. Hadiah diberi kepada peserta yang memiliki mata skor yang paling tinggi. Program berakhir dengan penyampaian hadiah kepada pemenang.
Tarikh : 13 Oktober 2018 Tempat : Pusat Internet Felda Medoi Masa : 3.00 pm - 5.30 pm Peserta : 12 Orang |
Tujuan
Program ini bertujuan untuk memberi sedikit ilmu tentang pembelajaran Sekolah Rendah kepada peserta. Peserta yang hadir amat berterima kasih dan mengharapkan supaya pembelajaran ini dapat diteruskan lagi.
Aktiviti
Seramai 12 orang pelajar dipilih untuk menyertai kelas pembelajaran Kahoot ini. Permainan dimulakan selepas para pelajar semua membuka dan telah membuat kumpulan di aplikasi kahoot. Program berakhir dengan pengiraan skor yang paling tinggi.
Tarikh : 18 Oktober 2018 Tempat : Pusat Internet Felda Medoi Masa : 3.00 pm - 5.30 pm Peserta : Pelajar Kolej Komuniti |
Tujuan
Program Klik Dan Bijak Kolej Komuniti Batu Anam ini dianjurkan oleh pensyarah Kolej Komuniti Batu Anam bersama Pusat Internet. Program ini bertujuan untuk memberi penerangan mengenai Klik dan Bijak, Dashboard dan juga fungsi-fungsi Pusat Internet bagi komuniti.
Aktiviti
Program ini disambut meriah oleh pelajar Kolej Komuniti. Ini kerana kami telah menyediakan aktiviti-aktiviti menarik untuk pelajar-pelajar Kolej ini. Program bermula dengan pendaftaran peserta dan pemasangan aplikasi Dashboard Komuniti kepada peserta. Selepas itu, program diteruskan dengan bacaan doa dan penerangan mengenai Klik Dan Bijak serta fungsi-fungsi yang ada pada aplikasi Dashboard Komuniti. Penerangan dan juga slaid persembahan yang baik telah menyenangkan lagi para peserta untuk lebih memahami isi yang hendak kami sampaikan. Untuk menguji pemahaman peserta, aktiviti Kahoot telah dibuat. Hadiah diberi kepada peserta yang memiliki mata skor yang paling tinggi. Program berakhir dengan penyampaian hadiah kepada pemenang.
Tarikh : 11 Oktober 2018 Tempat : Pusat Internet Felda Medoi Masa : 10.00 am - 11.30 pm Peserta : 12 Orang |
Tujuan
Kelas ini adalah persetujuan dari cikgu tadika terbabit untuk berkerjasama dengan kami dalam melatih anak murid nya ke arah bijak intelek. Kelas permainan ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang cara-cara penggunaan komputer, dengan bermulanya penggunaan tetikus dan papan kekunci.
Aktiviti
Menyiapkan kesemua komputer terbuka dengan aplikasi pemainan kanak-kanak. Kesemua pelajar akan duduk dan diberi arahan bagaimana menggunakan tetikus dan papan kekunci. Pembelajaran secara perlahan akan dibuat sehingga kanak-kanak itu boleh memahami dengan cekap.