Aktiviti Kembara Merdeka yang berlangsung pada 22 Ogos 2017 ini mendapat sambuatan yang meriah dari komuniti setempat. Aktiviti ini bertujuan untuk mengibarkan jalur gemilang sekitar daerah kawasan Segamat bersama-sama pelajar, guru serta komuniti. Dengan kehadiran Tuan Ibrahim (Pengurus felda) serta guru-guru sekolah kebangsaan LKTP Medoi turut sama menghadiri program ini. Pendaftaran telah dibuat di SK LKTP Medoi. 

5

Antara Komuniti yang hadir pada hari aktiviti berlangsung

 

Aktiviti dimulai dengan kembara menaiki kereta dan mengibarkan jalur gemilang sambil di iringi oleh kereta polis. Selepas itu, Komuniti akan berhenti di balai polis dan balai bomba bagi meneruskan acara menaikkan jalur gemilang dan menyanyi kan lagu kebangsaan sempena hari merdeka. Aktiviti komuniti ini sangat bermanfaat bagi komuniti. Di samping menanamkan sifat patriotik dalam diri komuniti, aktiviti ini juga dapat mengeratkan silaturahim sesama komuniti.

Untuk laporan penuh (Klik sini

Untuk laporan bergambar (Klik sini)