Sempena menyambut 31 Ogos 2017, Kelab Rukun Tetangga(KRT) Felda Medoi telah mengadakan satu aktiviti untuk masyarakat setempat sempena dengan Hari merdeka. Aktiviti yang berlangsung pada 25 Ogos 2017 bertempat di padang SK LKTP Medoi ini telah mendapat sambutan yang amat baik dari masyarakat setempat. Sebanyak 15 Kumpulan termasuk anggota Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) turut terlibat dalam program ini.

5

Ahli Kumpulan PI1M

Disamping bersukan dan menjaga kesihatan, aktiviti ini juga turut memberi peluang kepada kami untuk merapatkan silaturahim bersama dengan komuniti. Aktiviti masyarakat ini disudahi dengan penyampaian hadiah kepada pasukan yang bertanding.

Untuk laporan penuh (Klik sini)

Untuk laporan bergambar (Klik sini)