Tujuan :
Program ini terbuka kepada sesiapa sahaja. Memperkenalkan aplikasi Dashboard Komuniti kepada usahawan IKS, untuk mempromosikan lagi produk-produk mereka di dalam Myshop.
Aktiviti :
Pelaksanaan utama adalah dengan memperkenalkan cara pembelajaran secara atas talian, dengan mempelajari cara-cara memuat naik gambar serta memperkenalkan produk jualan mereka dengan menggunakan aplikasi yang terdapat di dalam Dashboard Komuniti (Myshop), peserta juga boleh membuat pemeriksaan kesihatan secara percuma seperti pemeriksaan tekanan darah dan kandungan gula dalam darah (diabetis). Terdapat juga aktiviti cuci emas percuma anjuran Yapeim, peserta juga didedahkan dengan penggunaan komputer seperti saranan SKMM, membantu komuniti celik IT serta KDB (Klik Dengan Bijak).