Tarikh    :  27 September 2018

Tempat  : Pusat Internet Felda Medoi

Masa     : 10.00 am - 11.30 pm

Peserta  : 12 Orang

 

Tujuan

Kelas ini adalah persetujuan dari cikgu tadika terbabit untuk berkerjasama dengan kami dalam melatih anak murid nya ke arah bijak intelek. Kelas permainan ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang cara-cara penggunaan komputer, dengan bermulanya penggunaan tetikus dan papa kekunci.

Aktiviti

Menyiapkan kesemua komputer terbuka dengan aplikasi pemainan kanak-kanak. Kesemua pelajar akan duduk dan diberi arahan bagaimana menggunakan tetikus dan papan kekunci. Pembelajaran secara perlahan akan dibuat sehingga kanak-kanak itu boleh memahami dengan cekap.

Gambar


 

Tarikh    :  22 September 2018

Tempat  : Pusat Internet Felda Medoi

Masa     : 10.00 am - 11.30 pm

Peserta  : 12 Orang

 

Tujuan

Program ini bertujuan untuk memberi sedikit ilmu tentang pembelajaran bahasa inggeris kepada pelajar sekolah rendah. Pelajar sekolah yang hadir amat berterima kasih dan mengharapkan supaya pembelajaran ini dapat diteruskan lagi.

Aktiviti

Seramai 12 orang pelajar dipilih untuk menyertai kelas matematik ini. Permainan dimulakan selepas para pelajar semua membuka dan telah membuat kumpulan di aplikasi kahoot. Program berakhir dengan pengiraan skor yang paling tinggi.

 

Gambar


Tarikh    :  13 September 2018

Tempat  : Pusat Internet Felda Medoi

Masa     : 10.00 am - 11.30 pm

Peserta  : 12 Orang

 

Tujuan

Kelas ini adalah persetujuan dari cikgu tadika terbabit untuk berkerjasama dengan kami dalam melatih anak murid nya ke arah bijak intelek. Kelas coloring ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang cara-cara penggunaan komputer, dengan bermulanya penggunaan tetikus.

Aktiviti

Menyiapkan kesemua komputer terbuka dengan aplikasi pemainan coloring. Kesemua pelajar akan duduk dan diberi arahan bagaimana menggunakan tetikus. Pembelajaran secara perlahan akan dibuat sehingga kanak-kanak itu boleh memahami dengan cekap.

Gambar


 

Tarikh    :  15 September 2018

Tempat  : Pusat Internet Felda Medoi

Masa     : 10.00 am - 11.30 pm

Peserta  : 12 Orang

 

Tujuan

Program ini bertujuan untuk memberi sedikit ilmu tentang pembelajaran matematik kepada pelajar sekolah rendah. Pelajar sekolah yang hadir amat berterima kasih dan mengharapkan supaya pembelajaran ini diteruskan lagi.

Aktiviti

Seramai 12 orang pelajar dipilih untuk menyertai kelas matematik ini. Permainan dimulakan selepas para pelajar semua membuka dan telah membuat kumpulan di aplikasi kahoot. Program berakhir dengan pengiraan skor yang paling tinggi.

 

Gambar


 

Tarikh    :  7 September 2018

Tempat  : Pusat Internet Felda Medoi

Masa     : 8.00 am - 12.40 pm

Peserta  : 100 Orang

 

Tujuan

Program hari Dashboard Komuniti ini bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim antara Pusat Internet dan Komuniti. Selain itu, matlamat utama Program ini adalah untuk memperkenalkan Pusat Internet kepada Komuniti, memperkenalkan aplikasi Dashboard Komuniti,Myshop,Myhealth,E-waste dan bermacam lagi.

Aktiviti

Program yang dianjurkan oleh Pusat Internet ini telah mendapat sambutan yang hangat dari peniaga, usahawan dan juga komuniti. Program bermula dengan aktiviti pendaftaran bagi pengunjung. Bagi yang menyertai kelas Usahawan akan diberi tempat di dalam premis Pusat Internet untuk mempelajari Myshop dan Dashboard. Bagi pengunjung yang hendak menyertai pertandingan eksplorace akan ditempat kan di bawah khemah di luar untuk persedian kumpulan. Bagi kanak-kanak, kami menyediakan aktiviti kuiz Crossword-puzzle sementara menunggu ibu bapa mereka habis bermain permainan eksplorace atau di bahagian dalam premis. Selepas tamat kesemua aktiviti, pengunjung akan duduk di kerusi bawah khemah untuk menunggu acara penyampaian hadiah dan juga cabutan bertuah.Sebelum ketibaan YB, Kami memberi dahulu cabutan bertuah kepada 15 orang pengunjung. Manakala lagi 5 cabutan bertuah akan diberi oleh YB sendiri. Penyampaian haidah disegerakan selepas kedatangan YB, bacaan doa dan juga sedikit ucapan dari tetamu jemputan. Majlis berakhir dengan majlis dirasmikan oleh YB.

 

Gambar


 

Sub-kategori