Program E-Pembelajaran melalui aplikasi Kahoot yang berlangsung pada 23 Disember 2017 ini bertujuan untuk memberi sedikit pelajaran kepada peserta. Program ini juga bertujuan untuk memberi sedikit persediaan kepada peserta sebelum naik persekolahan. Aplikasi Kahoot ini mngandungi soalan sejarah, matematik dan juga pengetahuan am.
Peserta seramai 8 orang ini, sangat gembira dengan permainan dalam pembelajaran yang diadakan oleh kami. Peserta juga diberi hadiah saguhati dan juga hadiah kepada pemenang yang menjuarai pertandingan.