Tarikh    : 24 Februari 2018

Masa     : 10.00 Pagi - 6.00 Petang

Tempat  : Perkarangan Pusat Internet 1Malaysia(PI1M) Felda Tenang

Peserta : 197 Orang

 

Tujuan

Program Komuniti dan Usahawan ICT ini diadakan adalah bertujuan untuk menggalakkan dan melahirkan lebih ramai lagi usahawan di kalangan komuniti Felda Tenang dengan mengikuti bengkel penghasilan video dan muatnaik gambar produk yang diniagakan ke dalam aplikasi Dashboard Komuniti. Dengan cara ini dapat meningkatkan lagi tahap jualan produk dan taraf hidup komuniti setempat.

Aktiviti

Program dimulakan dengan senaman pagi oleh ahli Fisiologi daripada Klinik Kesihatan Labis dan diikuti aktiviti sampingan iaitu sukaneka antaranya belon beracun, teka silangkata Klik Dengan Bijak, Bina perkataan dan musical chair. Seterusnya bengkel muatnaik gambar dan penghasilan video dijalankan di dalam Pusat Internet 1Malaysia Felda Tenang. Acara seterusnya diselangselikan dengan cabutan bertuah. Program dihadiri oleh ADUN Kawasan Tenang iaitu Yang berhormat En. Mohd Azahar Bin Ibrahim, Wakil Telekom Malaysia iaitu En.Shakirin Bin Ismail, Pengurus Wilayah Selatan En.Hasnizam Bin Hashim dan juga Ketua Kampung Felda Tenang. Diadakan juga penyampaian hadiah saguhati untuk Pertandingan Dashboard Komuniti Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2017 yang dimenangi oleh Puan Norihah Bt Aripin yang menerima sebuah televisyen berukuran 50 inci.

Gambar Disini