Tarikh     : 16 Mac 2018.

Masa      : 9.00 Pagi - 6.00 petang.

Tempat   : Dewan Semai Bakti Felda Medoi.

Peserta  : Masyarakat seteempat

 

Tujuan

Karnival di bawah anjuran pejabat Felda Medoi serta semua agensi2 di Felda Medoi turut melibatkan diri dalam karnival ini, PI1M juga turut diundang bagi memeriahkan lagi majlis. Kami petugas PI1M mengambil peluang ini untuk menerangkan serba sedikit mengenai Sebenarnya.my dan juga fungsi2 yang ada di tempat kami. Karnival ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim antara penduduk tempatan dan agensi2 yang ada di Felda Medoi.

Aktiviti

Sesi soal jawab antara Penduduk Felda Medoi dan pengurus Felda diadakan pada awal pagi, untuk menyelesaikan segala persoalan mengenai masalah2 yang ada sama ada dalam kampung atau berkenaan dengan hasil perladangan. Truck food dan juga gerai2 dibuka di dalam dewan untuk menyenangkan masyarakat untuk lebih tumpuan dalam karnival yang diadakan. Selain daripada itu, permainan seperti congkak, karom, dan juga sukaneka diadakan pada belah petang. cabutan nombor bertuah dan juga majlis penutupan karnival diadakan pada belah petang.

 

Gambar Di Sini.