Tarikh     : 20 januari 2018

Masa      : 11.00 pagi - 5.00 petang

Lokasi    : Pusat Internet 1Malaysia Felda Medoi(PI1M)

Peserta  : 34 Orang

 

 WhatsApp Image 2018 01 04 at 10.12.23 AM 2

 

Tujuan

Program E-Sport yang dianjurkan oleh persatuan belia Felda Medoi dengan kerjasama PI1M Felda Medoi bertujuan untuk mengajak belia-belia setempat untuk meluangkan masa dengan bersama-sama melakukan aktiviti yang bermanfaat. Di samping itu, program ini juga bertujuan untuk menarik belia untuk menjadi ahli di PI1M dengan menunjukan kepada mereka fungsi PI1M di Felda Medoi. Dengan kehadiran yang berhormat Tuan Haji Anuar Manap bersama dengan petugas-petugas di pejabat Felda, memeriahkan lagi suasana aktiviti di sini.

Aktiviti

Program ini bermula selepas habis menyemak pendaftaran peserta E-Sport. Setelah selesai, program di mulai dengan taklimat awal oleh petugas PI1M. Promosi DK dan aplikasi DK juga turut diperkenal kan kepada belia untuk menarik tumpuan mereka kepada PI1M Felda Medoi. Selesai taklimat, Program E-Sport dimulakan. Sepanjang Program E-Sport dijalankan, Peserta belia boleh mendaftar ahli dan juga memasang aplikasi DK di telefon bimbit masing-masing. Penyampaian hadiah pada akhir program disampaikan sendiri oleh yang berhormat Tuan Haji Anuar Manap. Program ini berakhir dengan sepatah dua kata dari YB Tuan Haji Anuar Manap.

Penutup

Program ini secara tidak langsung dapat merapatkan lagi hubungan PI1M Felda Medoi bersama golongan belia dan juga memperkenalkan PI1M Felda Medoi ini kepada YB Haji Anuar Manap. Dengan harapan semoga aktiviti seterusnya dapat golongan belia Felda Medoi melibatkan diri bersama-sama kami. Sekian

 

Gambar Disini