Tarikh    : 10 April 2018

Tempat   : SJKC Jagoh Bandar Putra Segamat

Masa      : 9.00 a.m - 1.00 p.m

Peserta  : 117 orang

 

Tujuan:

Peserta terdiri daripada pengunjung dan peserta bola jaring di Liga Sukan Untuk Semua (LSUS) Segamat 2018 seramai 117 orang yang diadakan di SJKC Jagoh anjuran Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Segamat. Penglibatan Pusat Internet 1Malaysia Segamat dalam program kali ini adalah untuk memberi kesedaran kepada penggunaan internet dengan cara yang selamat serta berhikmah ketika melayarinya.  Selain itu juga, turut diadakan penerangan mengenai dashboard  komuniti kepada pengunjung dan juga memberi kesedaran tentang tahap kesihatan individu. Penglibatan Pusat Internet 1Malaysia Segamat ini secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan diantara Pusat Internet 1Malaysia Segamat dengan Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Segamat secara khasnya dan komuniti secara amnya.

Aktiviti:

Taklimat ringkas berkaitan dengan advokasi telah diberikan kepada pengungjung dan peserta yang hadri ke Liga Sukan Untuk Semua (LSUS) Segamat 2018. Penerangan berkaitan dashboard komuniti turut diadakan dan menggalakkan memuat turun aplikasi dashboard komuniti di smartphone masing-masing. Dikesempatan ini juga, Pusat Internet 1Malaysia Segamat juga telah membuka booth bagi memberikan pemeriksaan kesihatan secara percuma iaitu tekanan darah dan kandungan gula dalam darah serta nasihat mengenai tahap kesihatan dan juga gaya hidup yang sihat.

Gambar di sini.