Tarikh    :  24 Oktober 2018

Tempat  : Pusat Internet Felda Medoi

Masa     : 3.00 pm - 5.30 pm

Peserta  : Pelajar Sekolah Menengah

 

Tujuan

Program Klik Dan Bijak Sek Men Seri Kenangan ini dianjurkan oleh guru Sek Men Seri Kenangan bersama Pusat Internet. Program ini bertujuan untuk memberi penerangan mengenai Klik dan Bijak, Dashboard dan juga fungsi-fungsi Pusat Internet bagi komuniti.  

Aktiviti

Program ini disambut meriah oleh pelajar Sekolah, Ini kerana kami telah menyediakan aktiviti-aktiviti menarik untuk pelajar-pelajar sekolah ini. Program bermula dengan pendaftaran peserta. Selepas itu, program diteruskan dengan bacaan doa dan penerangan mengenai Klik Dan Bijak serta fungsi-fungsi yang ada pada aplikasi Dashboard Komuniti. Penerangan dan juga slaid persembahan yang baik telah menyenangkan lagi para peserta untuk lebih memahami isi yang hendak kami sampaikan. Untuk menguji pemahaman peserta, aktiviti Kahoot telah dibuat. Hadiah diberi kepada peserta yang memiliki mata skor yang paling tinggi. Program berakhir dengan penyampaian hadiah kepada pemenang.

Gambar