Tarikh    :  18 Oktober 2018

Tempat  : Pusat Internet Felda Medoi

Masa     : 3.00 pm - 5.30 pm

Peserta  : Pelajar Kolej Komuniti

 

Tujuan

Program Klik Dan Bijak Kolej Komuniti Batu Anam ini dianjurkan oleh pensyarah Kolej Komuniti Batu Anam bersama Pusat Internet. Program ini bertujuan untuk memberi penerangan mengenai Klik dan Bijak, Dashboard dan juga fungsi-fungsi Pusat Internet bagi komuniti.  

Aktiviti

Program ini disambut meriah oleh pelajar Kolej Komuniti. Ini kerana kami telah menyediakan aktiviti-aktiviti menarik untuk pelajar-pelajar Kolej ini. Program bermula dengan pendaftaran peserta dan pemasangan aplikasi Dashboard Komuniti kepada peserta. Selepas itu, program diteruskan dengan bacaan doa dan penerangan mengenai Klik Dan Bijak serta fungsi-fungsi yang ada pada aplikasi Dashboard Komuniti. Penerangan dan juga slaid persembahan yang baik telah menyenangkan lagi para peserta untuk lebih memahami isi yang hendak kami sampaikan. Untuk menguji pemahaman peserta, aktiviti Kahoot telah dibuat. Hadiah diberi kepada peserta yang memiliki mata skor yang paling tinggi. Program berakhir dengan penyampaian hadiah kepada pemenang.

Gambar