Tarikh : 4 November 2022 Tempat : Balairaya Felda Medoi Masa : 9:00 Pagi - 12:00 Tengahari Peserta : Usahawan dan Usahawanita |
Tujuan
- Meningkatkan kemahiran untuk melahirkan usahawan bermotivasi, inovatif dan berdaya saing.
Melatih usahawan untuk menjadi kreatif dalam menyedikan pelbagai kandungan pemasaran produk dan jenama.
Memberi latihan asas keusahawanan kepada para usahawan.
Aktiviti
Program pada kali ini, PEDi telah dijemput untuk berkongsi tentang Stop-Motion bersama usahawan dan peserta yang dijemput oleh pihak KEMAS. Selain dari sesi perkongsian bersama PEDi. Terdapat juga slot-slot lain seperti ceramah agama dan juga slot dari PERKESO berkaitan Skim Keselamatan Pekerjaan Sendiri dan slot terakhir atau slot utama adalah slot dari PEDi.
Slot dimulakan dengan pengenalan PEDi dan juga diteruskan dengan pengenalan kepada topik utama iaitu 'Stop Motion'. Seramai lebih kurang 50 peserta telah mengikuti program ini dan datang dari pelbagai tempat di seluruh Sekijang. Para peserta telah dihahagikan kepada 10 kumpulan. Seterusnya, kelas dilanjutkan dengan demo bagaimana untuk membuat 'stop motion'.
Peserta dibahagikan secara rawak dan semua peserta diminta berinteraksi di antara satu sama lain dan mengeluarkan idea masing-masing. Setelah itu, pengambilan gambar dimulai dan peserta juga diajar cara untuk edit gambar tersebut membentuk satu video stop-motion. Para peserta menunjukkan minat terhadap bengkel yang dijalankan dan terus memuat naik hasil mereka ke dalam aplikasi WhatsApp.
;.