Tarikh : 2 April 2023 Tempat : PEDi Felda Medoi Masa : 2:00 petang - 5:00 petang Peserta : Pelajar Sekolah Menengah Dan Lepasan Sekolah |
Tujuan
- - Menggalakkan peserta menggunakan kelas dan bengkel yang disediakan di PEDi.
- - Menarik minat peserta untuk menjadi kreatif dalam perniagaan digital.
- - Menarik minat para peserta untuk menambah pendapatan sampingan.
Aktiviti
Kelas ini telah dihadiri oleh 4 orang peserta daripada pelbagai umur. Para peserta telah hadir ke PEDi untuk mendapatkan khidmat kelas perniagaan digital yang diajar secara percuma kepada komuniti. Kelas ini telah berlangsung selama tiga jam. Petugas telah memperkenalkan kepada peserta tentang bagaimana ingin menjadi affiliate di aplikasi TikTok.
Para peserta telah mendaftar secara sah sebagai perniaga di aplikasi TikTok dan mula menambah produk yang bersesuaian dengan mereka untuk dijual. Setelah itu, petugas juga turut berkongsi cara-cara menghasilkan konten atau kandungan di TikTok yang sesuai dengan perniagaan. Petugas juga turut berkongsi tips untuk menjadikan kandungan yang dikongsi berpontensi untuk mendapat tontonan yang tinggi.
-Gambar Di Sini-