Tujuan

  • - Menggalakkan pelajar untuk menggunakan kemudahan tablet yang disediakan di PEDi.
  • - Menarik minat pelajar untuk menjadi kreatif dalam dunia digital.
  • - Menarik minat para pelajar untuk datang ke PEDi


Aktiviti

Kebiasaanya kelas Canva yang diadakan di PEDi adalah menggunakan kemudahan komputer yang sedia ada, namun bagi menarik minat para pelajar lagi untuk tetap menjadi pengunjung di PEDi petugas mengajak para peserta untuk menggunakan kemudahan tablet yang disediakan pula. Seramai tiga orang peserta telah turut sertai kelas canva ini.

 

Petugas meminta para peserta untuk mereka satu Instagram story bergambar dan satu Instagram story berbentuk video pendek. Hal ini demikian kerana aktiviti ini lebih dekat dengan para peserta yang masih muda dan pengguna sosial media Instagram. Para peserta telah menggunakan ciri canva yang percuma bagi kelas ini. Bagi kelas berikutnya, peserta akan disediakan kelas canva pro jika berpeluang agar mereka dapat menggunakan pelbagai lagi seni atau template berbayar yang disedikan oleh Canva.

 

Peserta telah diminta untuk memuat turun aplikasi canva dan mereka bentuk Instagram story di aplikasi berbanding di website sebelum ini. Para peserta telah melihat contoh-contoh design terlebih dahulu sama seperti yang diajar oleh petugas sebelum ini dan seterusnya mereka sendiri mengikut kreativiti berdasarkan contoh dan idea yang mereka ada. 

 

Peserta sangat gembira dengan aktiviti yang dijalankan dan berharap agar pihak PEDi dapat mengadakan kelas seperti ini lagi pada masa akan datang. Ibu bapa para peserta juga turut meluahkan rasa senang hati anak-anak mereka diberi peluang untuk belajar perkara seperti ini di PEDi.

 

-Gambar Di Sini-