Tujuan

    • - Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet).
    • - Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.
    • - Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri.
  •  

Aktiviti

Aktiviti yang secara tidak dirancang ini disertai oleh seramai lima orang peserta. Kelima-lima peserta ini merupakan pengunjung tetap PEDi yang menggunakan khidmat penggunaan PC di sini. Oleh kerana mempunyai waktu yang terluang bagi peserta ini, petugas telah mengajak peserta untuk menonton video-video KDB dan seterusnya menjalankan sedikit kuiz ringkas bersama para peserta.

sebanyak 3 buah video KDB telah dipertontonkan kepada para peserta. Antara video yang ditayangkan ialah video pengenalan KDB, video KDB - Maklumat Palsu dan Video - Oversharing atau Terlebih berkongsi. Kuiz yang dijalankan pula di ambil dari laman sesawang Google. Aktiviti telah dijalankan selama lebih kurang dua jam setengah bersama peserta. Para peserta juga telah disediakan sedikit saguhati. Para peserta juga telah meminta untuk petugas melakukan setiap minggu aktiviti seperti ini.

-Gambar Di Sini-